Memandangkan kami bertolak awal pagi dan masa perjalanan menaiki bot dari Jeti Tok 4 Sungai Puteri, Kuala Rompin menuju ke Pulau Tioman hanya memakan masa tiga (3) jam sahaja. Maka dalam perjalanan sebelum sampai ke Pulau Tioman untuk check in hotel, kami mengambil peluang untuk memancing ikan.
Captain dan 2 deckhand membantu mengajar teknik memancing yang betul
Walaupun kami ni hanyalah biasa-biasa, tapi hasil kami cukup luar jangkaan. Alhamdulillah. Yang lebih teruja lagi, saya sendiri berpeluang menaikkan ikan mahi mahi. Memang tidak di sangka-sangka.
Rezeki dapat peluang naikkan ikan Mahi-mahi
Ikan kembong paling banyak kami pancing. Selain itu ada banyak jenis ikan lain lagi termasuk tenggiri dan macam-macam lagi. Paling banyak angkat ikan kembong, Kak Ros lah sampai lekat panggilan #RatuSangkut oleh kami. Memang berbisa tangan dia. hehe
Kak Ros bersama hasil tangkapan ikan kembong dan ikan tenggiri
Siapa yang tak seronok kan kalau pancing asyik mengena je. Sekali pancing, 3-4 ekor ikan dapat. Yang paling best, ikan tu kami siang dan terus masak atas bot tu jugak untuk makan tengahari kami. Dah jimat kos makan tengahari. Menarik bukan?
Masak hasil tangkapan (ikan kembong)
Lepas puas memancing ikan dan waktu dah agak petang, kami meneruskan perjalanan kami yang berbaki sejam lebih lagi menuju ke
Jeti Kampung Juara untuk
checkin di
The Barat Resort Tioman dan bersiap-siap untuk aktiviti candat sotong pada waktu malam nanti.
CANDAT SOTONG DI PERAIRAN PULAU TIOMAN
Masa yang di nanti-nantikan sudah pun tiba, sebagai persediaan kami makan ubat mabuk dahulu sebelum kembali ke bot untuk aktiviti candat sotong. Lokasi kami mencandat tidaklah terlalu jauh dari Pulau Tioman, hanya mengambil masa berbelas minit perjalanan dari jeti.
Sebelum aktiviti mencandat dilakukan, captain dan 2 orang pembantunya akan membuat persediaan termasuk joran dan pemasangan dua biji lampu hijau LED berkuasa 3000 Watt di kiri kanan bot. Lampu LED ini dikatakan berfungsi sebagai pemikat sotong, mempunyai sinaran lampu led berwarma hijau yang sangat efektif untuk memikat sotong untuk mendekati area spot memancing yangg mengunakan lampu led ini.
Lampu hijau LED berkuasa 3000 Watt diturunkan ke dalam laut
Pengalaman saya candat sotong di Terengganu sebelum ni hanya menggunakan mata candat dan tali pancing tanpa joran. Untuk aktiviti candat sotong bersama Mat Rompin Boat Charter ni, kami menggunakan joran. Dari segi teknik candat sotong tu sama, iaitu dengan cara menenggelamkan menenggelamkan candat sehingga ke dasar laut.
Teknik mencandat sotong menggunakan joran
Batu ladung dan candat yang digunakan sebagai pemberat dibiarkan di dasar, hanya tali pancing dihenjutkan dengan cara mengendur serta menegangkannya secara kerap. Apabila terasa berat (candat mengena sotong), tarik atau gulung tali joran secara sederhana. Elakkan menggulung tali joran secara laju atau kasar, juga tidak boleh terlalu perlahan hingga sotong mampu melepaskan diri. Sebaliknya tips candat sotong yang betul adalah dengan menggulung tali joran secara sederhana, tenang dan steady.
Kak Ros dengan hasil tangkapan pertamanya
Pada awalnya, sotong agak susah untuk mengena candat kami. Tapi setelah beberapa ketika berusaha, Kak Ros jadi orang pertama yang berjaya bawa naik sotong ke atas bot. Selepas dari itu, nasib menyebelahi kami. Hasil yang kami dapat pada malam tu boleh dikatakan lumayan. Dalam tempoh tak sampai 2 jam, kami berenam berjaya menaikkan banyak sotong dari jenis "Sotong Torak" dari pelbagai saiz.
Azmi bersama hasil tangkapannya
Saya pun nak tunjuk jugak hasil tangkapan saya
Sebahagian dari hasil tangkapan pada malam tu
Sambil kami sedang seronok mencandat sotong, ada yang dah mula siapkan sotong untuk di masak. Menu untuk makan malam kami sudah semestinya berasaskan sotong fresh. Tak mewah pun, cuma resipi maggi sotong je. Tapi dia punya nikmat, Allah je tahu. Next time nampak gaya kena prepare untuk masak resipi tomyam sotong la kot hehehe.
Selepas kenyang makan maggi sotong hasil tangkapan kami, kami meneruskan aktiviti mencandat sotong sehingga puas. Malam tu juga kami ditemani oleh sekumpulan ikan lumba-lumba berenang-renang berhampiran dengan boat kami. Tak sangka kat Tioman ada banyak ikan lumba-lumba.
Semua hasil tangkapan kami pada petang dan malam disimpan dalam ice box untuk kami bawa balik ke Kuala Lumpur. Penat tu ada, tapi perasaan gembira dan seronok tu kami rasa lebih dari segalanya. Alhamdulillah, trip kali ni berjalan dengan lancar. Semuanya sporting dan mudah bicara.
PAKEJ SEWA BOT MAT ROMPIN BOAT CHARTER
Amacam aktiviti kami, best bukan? Kalau korang pun nak cuba aktiviti macam yang kami dah lalui ni atau ada merancang untuk bercuti ke Rompin atau Pulau Tioman ; korang boleh cuba ambil pakej memancing laut bersama Mat Rompin Boat Charter. Insyaallah akan puas hati.
Berikut saya sertakan 6 pakej memancing yang boleh korang pilih mengikut citarasa dan kesesuaian dengan korang :
PAKEJ 1
-Memancing di area Kuala Rompin sahaja.(memancing balik hari)
-Sewa bot RM 1900 per/day.
-Start pancing pukul 8 pagi - 5 petang.
PAKEJ 2
-Memancing Bottom Fishing 2 hari 1 malam & tidur di Chalet Tioman.
-Harga RM 4600 (tak termasuk sewa chalet)
PAKEJ 3
-Memancing Bottom Fishing 2 hari 1 malam tidur di dalam bot.
(memancing sepanjang masa di dalam bot)
-Harga RM 5500 untuk 2 hari 1 malam.
PAKEJ 4
-Memancing Bottom Fishing 3 hari 2 malam tidur di dalam bot.
(memancing sepanjang masa dalam bot)
-Harga RM 7500 utk 3 hari 2 malam.
PAKEJ 5
-Pakej Candat Sotong Panjang
-Memancing start pukul 3 petang dan balik pada keesokan paginya.
(memancing 1 hari 1 malam)
-Harga RM 2200
PAKEJ 6
-Pakej Mancing Sotong Mengabang 1 Hari
-Start pancing pukul 8 pagi-5 petang.
-Pancing Sotong Mengabang Area Kuala Rompin sahaja.
-Harga RM 1900
Jangan lupa bawa tong untuk isi hasil tangkapan korang. Semua hasil tangkapan korang sudah semestinya korang boleh bawa balik.
Kalau korang berminat untuk mencuba mana-mana pakej yang ditawarkan, korang boleh sahaja menghubungi Captain Mat Rompin menerusi:-
candat sotong 2020, candat sotong terengganu, candat sotong pulau tioman
0 Response to "PENGALAMAN SEWA BOT DI ROMPIN, MEMANCING DAN CANDAT SOTONG DI TIOMAN"
Posting Komentar