Loading...

3 Dari 4 Bekas Timbalan ‘Mencaci’nya, Apa Yang Tak Kena?

Loading...
SELEPAS menjadi antara tenaga penting di sebaliknya penubuhan parti Semangat 46 pasca krisis UMNO 1987, tidak banyak yang dicakapkan Musa Hitam mengenai bekas bossnya, Mahathir.  Musa, yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas serbuan yang membawa kepada kematian 14 orang pengikut Ibrahim Libya di Memali Disember 1985 kerana menjadi Menteri Dalam Negeri pada ketika itu, seolah hilang dari radar politik negara.

(Hampir 30 tahun kemudian baru Musa buka mulut, bukan beliau sahaja, Mahathir pun turut berada dalam negara ketika serbuan itu berlaku).

Adalah sesekali Musa muncul, tapi ini biasa bagi orang yang dianggap musuh kepada Perdana Menteri pada waktu itu.  Dengannya semuanya dikawal, bukan ada Internet apa bagai, agak sukar untuk orang seperti Musa mendapatkan liputan mahupun kedudukan yang selayaknya untuk orang yang pernah berjasa sepertinya.

Bagaimanapun, kemunculan buku Frankly Speaking tulisannya baru-baru ini, dimana ada satu chapter khas membincangkan pandangan beliau tentang Mahathir, mengubah segalanya.

Rupanya sama seperti semua bekas Timbalan Mahathir (kecuali seorang – arwah Tun Ghafar Baba), Musa juga adalah lebih banyak pendapat tak baik (dari yang baik) mengenai Mahathir, malah lebih klasik lagi, Musa membuat rumusan 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri itu adalah satu KEGAGALAN YANG TERUK!!

Malah Musa juga mendakwa Mahathir pernah merendah-rendahkan bangsa Melayu.

Dalam keadaan sekarang, bila mana Mahathir baru sahaja menubuhkan parti Pribuminya – sebuah parti Melayu-Bumiputera, kemunculan buku ini, dakwaan dan kesimpulan yang semacam itu, bukanlah satu bentuk publisiti yang baik.

Orang putih kata, bikin spoil saja.  Patutnya waktu-waktu macam ini dipenuhi puja pujian ke atas sejarah dan peribadi Mahathir, bukan kata kepimpinanya 22 tahun satu kegagalan yang teruk atau dedah dia pernah hina bangsa Melayu.

Sebetulnya apa yang disebutkan Musa ini bukanlah satu yang baru pun.  Semua bekas timbalan kepada Mahathir (kecuali arwah Tun Ghaffar Baba pun ada pendapat yang lebih kurang serupa.

Musa cuma mengukuhkan lagi apa yang selama ini dikatakan orang tentang Mahathir.  Cuma buat Tun Musa, bersedia sajalah dengan kecaman, makian dan seumpama itu dari pemuja Mahathir selepas ini.  Silap-silap ada upacara bakar buku ini secara besar-besaran pun, tapi peduli apa lah kan, yang penting buku jual.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "3 Dari 4 Bekas Timbalan ‘Mencaci’nya, Apa Yang Tak Kena?"

Posting Komentar