Loading...

Uber & Teksi: Berhentilah Mengugut Kerajaan Bila Tak Dapat Sesuatu

Loading...
IMEJ pemandu teksi di Lembah Klang yang bukan sahaja tidak menyokong kerajaan bahkan menjadi agen kepada pembangkang menyebarkan propaganda mereka, bukan cerita baru.  Nak ditarikhkan, sejak Mahathir pecat Anwar tahun 1998 lagi dah fenomena ini menjadi lazim bila bercakap tentang politik pemandu teksi Lembah Klang.

Menafikannya serupa macam kata Mahathir tak bela kronilah – mustahil macam itu sekali.

Kadang-kadang tu tak sempat nak sandar kepala, dah ditanyanya kita sokong parti mana, kalau jawab kerajaan, sepanjang jalan tu senyap sajalah macam malaikat lalu lalang.  Cuba kalau kata sokong pembangkang, ditadah air liur yang keluar, boleh buat kopi secawan walaupun untuk perjalanan dari Mid Valley ke KL Sentral.

Itu bagaimanapun sebahagian dari pengalaman penulis guna perkhidmatan teksi di KL, orang lain penulis tak tahu.  Agaknya dah nasib penulis dapat pemandu teksi yang macam itu disebalik ‘begitu ramai’ yang sokong kerajaan. Lagipun, ini negara demokrasi, nak sokong siapa, nak jadi agen kepada siapa, itu lantak le.

Begitupun gamaknya sebab cenderung pembangkang sangat, tak hairan kenapa satu kajian oleh sebuah portal berasaskan perkhidmatan teksi, LondonCabs.uk pada 2015 meletakkan pemandu teksi di Kuala Lumpur sebagai antara terburuk di dunia,  Maaflah, bab ini penulis tak boleh kompromi, apa yang berkaitan dengan pembangkang, mesti buruk di mata penulis, kajian ini antara buktinya.

Mungkin ada yang kata tak wajar guna maklumat dari portal berpengkalan di UK sebagai rujukan, tapi sama jugalah tak wajarnya nak guna tuduhan  DoJ yang berpengkalan di USA sebagai rujukan untuk menuduh PM kita pencuri, tapi orang (dalam konteks ini segelintir pemandu teksi KL), peduli apa ye tak?

Apa pun, dalam hal kerajaan nak menyelaraskan perkhidmatan Uber pada hujung tahun ini, ia tak sepatutnya dilihat ancaman kepada pendapatan pemandu teksi (terutama di Lembah Klang) sedia ada sebab tujuannya tu nak memastikan hak pengguna (rakyat) terpelihara.  Takkanlah nak pasti hak pengguna terpelihara pun ternampak salah kot?

Bagi yang Islam tu lebih lagi, rezeki, jodoh, maut semua ni kena terimalah, bukan urusan kita tapi Allah swt.

Sebaliknya, keputusan ini patut dilihat sebagai cabaran untuk menambah baik kualiti perkhidmatan sedia ada.  Apatah lagi penulis difahamkan, teksi masih ada kelebihan kerana caj yang dikenakan lebih murah dari yang dikenakan Uber.

Ini pun satu hal juga, dalam keadaan ‘ada rakyat Malaysia pecah perut kerana bayar GST’, perkhidmatan yang mahal-mahal ni masih orang cari, kena kajilah macam mana jadi begini?

Justeru, kepada yang berkenaan (bukan semua pemandu teksi Lembah Klang), berhentilah mengugutkan kerajaan atas sebab nak menyelaraskan perkhidmatan Uber ni.  Memang bukan tugas kerajaan puaskan hati semua pihak tapi apa sesuatu pun, mesti ada yang mengawalkannya sebab ini melibatkan keselamatan dan hak majoriti rakyat yang menjadi pengguna.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Uber & Teksi: Berhentilah Mengugut Kerajaan Bila Tak Dapat Sesuatu"

Posting Komentar