Loading...
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz seperti cuba memperlecehkan Yang di-Pertuan Agong apabila mempersoalkan pertemuan 4 mata dengan Tun Mahathir.
Beliau sepatutnya sedar bahawa terdapat tatacara permohonan menghadap Yang di-Pertuan Agong, sesiapa sahaja yang berhasrat menghadap perlu mengemukakan tujuan hendak menghadap, biodata diri dan lain-lain. Setelah mendapat kelulusan, baharu seseorang itu dibenarkan menghadap.
Apabila Nazri menyatakan pertemuan itu membuang masa, maka secara tidak langsung beliau telah mempertikaikan kelulusan Yang di-Pertuan Agong memberi kebenaran kepada Tun Mahathir untuk menghadap. Malah, tindakan Nazri dilihat cuba merendahkan keupayaan istana membuat keputusan menerima Tun Mahathir menghadap kerana ia hanya membuang masa sahaja.
FMT hari ini melaporkan bahawa Nazri berkata pertemuan 4 mata di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam hanya membuang masa Baginda.
“Jika Dr Mahathir mahu membazirkan seluruh hidup beliau, maka teruskan tetapi jangan bazirkan masa Agong.
“Negara kita mengamalkan pemerintahan mengikut parlimen dan sistem demokrasi. Tindakannya (Dr Mahathir) tidak akan menjejaskan Umno sama sekali,” katanya.
Loading...
0 Response to "[NAZRI JAHIL TATACARA ISTANA] Nazri kata Tun M menghadap, BUANG MASA Agong"
Posting Komentar