Loading...

SELANGOR DAN PERAK MENUNJUKKAN PAN YANG BUAT KACAU DAUN

Loading...

PAN TAK BOLEH SALAHKAN PAS, PAN SEPATUTNYA TIDAK UJUD, TERBUKTI PADA PILIHANRAYA KECIL SELANGOR DAN PERAK, SIAPA KACAU DAUN ? BUKANKAH PAN YANG KONONNYA NAK TES POWER, TAPI SEBENARNYA BUKAN TES POWER TAPI BUSUK HATI MEREKA  UNTUK MENGACAU, HAL INI  SEMUA RAKYAT MALAYSIA TAHU, PARTI BARU SETAHUN JAGUNG TAPI NAFSU MEMBUAK-BUAK NAK JUGA BERTANDING - Pak Karamu
 
 
Pakatan 'hilang' Selangor jika tanding tiga penjuru
Pakatan 'hilang' Selangor jika tanding tiga penjuru
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Abd Samad (tengah) bersama dengan Bekas ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim. - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM - Amanah menyatakan kebimbangan mereka kehilangan Selangor dalam keadaan Pas tidak komited dengan Pakatan Harapan dan juga dengan berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Abd Samad berkata, usaha menjadi lebih sukar dengan pertembungan tiga penjuru yang dilakukan Pas.

Menurutnya, Amanah maklum bahawa Pas sedang meneruskan usaha membina blok ketiganya dengan penyertaan Berjasa baru-baru ini.

"Sekiranya persempadanan baru ini diluluskan dan Pas mengelak daripada berlaku pertandingan tiga penjuru, masih ada harapan untuk Selangor diselamatkan dari BN.

"Juga jika persempadanan semula ditolak, dan Pas masih mahukan pertandingan tiga penjuru, masih ada harapan untuk kekalkan Selangor di bawah Pakatan Harapan," katanya dalam satu sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam hari ini.

Namun, beliau mengatakan harapan untuk menyelamatkan Selangor menjadi tipis sekiranya kedua-dua perkara di atas menjadi realiti.

"Sekiranya persempadanan semula dikuatkuasakan dan Pas bertanding secara tiga penjuru, maka harapan untuk selamatkan Selangor daripada BN hampir tiada," katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SELANGOR DAN PERAK MENUNJUKKAN PAN YANG BUAT KACAU DAUN"

Posting Komentar