Loading...
Mahathir Dedah Rahsia BERSATU. Serpihan Umno, Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) terus mempertahankan keputusannya menjadi sebuah parti untuk penduduk pribumi.
Bekas perdana menteri dan penasihatnya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun terdapat tuntutan untuk pembaharuan, keputusan itu dibuat kerana golongan itu di peringkat akar umbi mahukannya.
Mahathir Dedah Rahsia BERSATU. “Jika kita kata, 'tidak, kita kena jadi pelbagai kaum', bagi mereka ia seperti mereka tidak dipandang,” katanya dalam ucapan di Universiti London minggu lepas.
Klip video ceramahnya dan soal jawabnya dimuat naik ke Internet oleh pengulas politik Mariam Mokhtar.
Mahathir berkata, BN yang dibentuk oleh parti-parti berasaskan kaum masih mendapat sokongan orang ramai.
Mahathir Dedah Rahsia BERSATU
“Walaupun kita tidak mahu lihat perkauman di negara ini, kita kena terima bahawa ramai orang masih berpaut pada perkauman kerana mereka rasa tidak selamat,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata keadaan memberangsangkan apabila ramai orang Cina turut menyertai BERSATU sebagai anggota bersekutu.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada anggota bersekutu boleh bertanding dalam pilihan raya atas tiket BERSATU dan perlu menyemaknya dengan jawatankuasa penajanya terlebih dahulu.
Mahathir Dedah Rahsia BERSATU
BERSATU sebelum ini telah dikritik kerana menjadi sebuah parti bumiputera tetapi mempertahankannya sebagai sebuah model “hibrid”.
Iklan
Loading...
0 Response to "Mahathir Dedah Rahsia BERSATU"
Posting Komentar