Loading...

TMJ mahu wujud Sekolah Bangsa Johor

Loading...
SHAH ALAM – Sekolah Bangsa Johor mungkin diwujudkan di negeri itu pada masa akan datang demi membentuk perpaduan sejak usia muda lagi.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melahirkan harapan tersebut melalui rakaman video Dialog Bersama Tunku Mahkota Johor yang disiar melalui Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.

“Saya berharap dalam masa terdekat, tak kisah tahun ini, tahun depan atau tahun akan datang, kerajaan Johor sendiri yang akan memberi modul pelajaran kepada anak-anak Johor.

“Pada masa akan datang, tak akan ada lagi sekolah (jenis kebangsaan) India, Cina, Melayu di negeri Johor. Sekolah agama masih ada untuk agama kita tetapi (kita wujudkan) Sekolah Bangsa Johor,” katanya.

Beliau menyifatkan sekolah jenis kebangsaan yang wujud hari ini tiak menggalakkan perpaduan dalam kalangan pelajar.

“Kita buat bangsa Johor, Malaysia pun ada 1Malaysia. Awak beri saya satu jawapan, mana dia 1Malaysia?

“Awak ada sekolah India, Cina dan Melayu. Daripada kecil awak dah ajar dia jangan bersatu. Lepas itu, dia dah besar, awak suruh dia bersatu,” katanya.

Dalam pada itu katanya, setiap rakyat di negara ini sepatutnya dididik untuk menghormati agama dan kaum lain serta diajar cara untuk bersatu sejak kecil.>

Sumber: Sinar Harian
jobs from my.neuvoo.com
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "TMJ mahu wujud Sekolah Bangsa Johor"

Posting Komentar