Loading...
Bubar Dun awal akan jejaskan Pakatan Selangor
SHAH ALAM - Pendirian Amanah berhubung pembubaran Dun Selangor sebelum persempadanan semula didakwa akan menjejaskan kedudukan Pakatan di Selangor.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad berkata, cadangan persempadanan semula itu sarat dengan ketidakadilan dan pemetaan secara tidak masuk akal demi memenuhi kepentingan BN.
Menurutnya, Amanah mengesyorkan supaya satu mesyuarat khas Majlis Presiden diadakan untuk membincangkan mengenai perkara ini serta mengkaji sejauh mana salah satu dari dua kemungkinan tersebut dijamin tercapai.
“Sekiranya tiada jaminan bahawa salah satu kemungkinan ini akan tercapai maka wajar cadangan pembubaran Dun diterima demi menggagalkan rancangan jahat SPR yang terus membenarkan dirinya diperalat BN dalam usaha mereka untuk mengongkong dan menindas rakyat.
“Oleh itu, cadangan pembubaran Dun dengan kadar segera hanya wajar ditolak sekiranya kita yakin bahawa cadangan persempadanan semula oleh SPR berjaya ditolak atau Pas dapat dipujuk untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan tidak akan mengadakan pertandingan tiga penjuru,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, hari ini.
Tambahnya lagi, cadangan persempadanan semula SPR merupakan usaha untuk mengekalkan BN sebagai kerajaan di dalam keadaan mereka yang semakin ditolak rakyat.
"Kedua-dua perkara ini iaitu persempadanan semula dan 'spoiler' Pas adalah strategi serampang dua mata yang telah disusun oleh BN. Strategi ini mampu dipatahkan sekiranya salah satu daripadanya dapat digagalkan," katanya.
Loading...
0 Response to "WOIT ? JANGAN SEBUT PAS LA, KAMU DAH JADI KUALI JANGAN KACAU PAS LAGI ...."
Posting Komentar