Loading...

Azmin Ali Dedah Punca Pencemaran Sungai Semenyih?

Loading...
Azmin Ali Dedah Punca Pencemaran Sungai Semenyih? Kerajaan Selangor akan merampas tanah yang dikenal pasti menjadi tapak kepada aktiviti perindustrian tanpa lesen sehingga mengakibatkan pencemaran Sungai Semenyih, baru-baru ini.

Pejabat Akhbar Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan hari ini berkata, Pejabat Daerah dan Tanah (PTD) Hulu Langat diarah untuk melakukan rampasan susulan penyitaan premis dan semua peralatan di lokasi itu oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Azmin Ali Dedah Punca Pencemaran Sungai Semenyih?  Menurut kenyataan itu, arahan berkenaan adalah hasil pemantauan sendiri Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke Batu 22 1/4, Sungai Lalang, Semenyih, pagi tadi bersama-sama Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), MPKj dan PTD Hulu Langat.

Jelas kenyataan tersebut, Azmin menyatakan MPKj dan PTD mesti mengambil tindakan dalam tempoh 7 hari ke atas pemilik tanah dan aktiviti industri di lembangan sungai berkenaan setelah dikenal pasti beroperasi secara haram.

Azmin turut mengarahkan supaya Air Selangor menggunakan segala aset bagi mengurangkan impak gangguan bekalan air dan mengambil langkah sewajarnya untuk mengehadkan tempoh penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih.

Azmin Ali Dedah Punca Pencemaran Sungai Semenyih? 


“Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak sama ada individu atau syarikat yang sabotaj atau mencemarkan sungai,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menegur Jabatan Alam Sekitar (JAS) berikutan kelewatan agensi itu turun ke lokasi untuk mendapatkan sampel air yang dikesan mengandungi pencemaran bau walaupun dimaklumkan sejak tengah malam tadi.

“JAS digesa supaya bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan undang-undang oleh semua industri di lembangan sungai selain harus bertindak cepat dan tegas terhadap pihak yang mencemarkan sungai,” katanya.

Azmin Ali Dedah Punca Pencemaran Sungai Semenyih? 


Kerajaan negeri akan melantik pasukan pemantauan sungai dan pasukan penguatkuasaan untuk ditempatkan di beberapa lokasi sebagai langkah jangka panjang membendung kegiatan pencemaran sungai, katanya.

LRA Semenyih yang ditutup 3 hari baru-baru ini berikutan pencemaran di Sungai Semenyih terpaksa ditutup lagi mulai 10 pagi tadi berikutan masalah sama.

Azmin Ali Dedah Punca Pencemaran Sungai Semenyih?  Susulan itu, beberapa kawasan di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air, seperti mana sewaktu penutupan pada 22 hingga 24 September lalu. - Free Malaysia Today





Iklan
Image

Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azmin Ali Dedah Punca Pencemaran Sungai Semenyih?"

Posting Komentar