Loading...

Mahadhir kalah, wan azizah jadi piem !

Loading...

Pengundi cina akan mengundi DAP, tak kira daripada parti apa kaum cina itu. Hanya melayu berpecah belah oleh Mahadhir Muhammad Kutty, Tu pasal pembahagian kerusi DAP BERSETUJUUUUU ! Yang lain bersetuju juga tapi BERAT nak cakap takut kena pulau !!! Atau Mahadhir dah tiup dah ! PUH! PUH! PUH !!!

-Pak Karamu-

Bersatu hanya dapat kerusi 'gred C'

AddThis Sharing Buttons

Bersatu hanya dapat kerusi 'gred C'
Ibrahim
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR - Bersatu hanya mendapat 52 buah kerusi 'gred C' dalam pembahagian kerusi dalam Pakatan Harapan.

Itu pandangan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dan berkata, Bersatu memperoleh lebih satu kerusi berbanding PKR yang mendapat 51 buah kerusi, manakala Amanah dan DAP masing-masing dengan 27 serta 35 kerusi.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata, namun bagi Bersatu yang merupakan parti baharu, jumlah kerusi ini adalah baik.

"Tapi bila dilihat, ia hanya kerusi gred C. Itu kerusi yang saya rasa bolehlah dipertandingkan, tapi tidak mudah untuk mereka (Bersatu).

"Saya sudah terlibat dengan politik sejak 35 tahun lalu lagi, bagi saya PKR adalah pemenang kerana kerusi yang dipertandingkannya adalah kerusi yang majoriti akan dimenangi mereka," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Perkasa, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, pandangan yang diberikannya tidak memihak kepada mana-mana kepimpinan dan sekiranya berkaitan, itu hanya secara kebetulan.

Mengulas tentang kekuatan DAP, Ibrahim berkata, parti itu seperti biasa kekal dengan kekuatan mereka.

Katanya, bagi pengundi Cina, sudah banyak kali PRU, ia akan pergi ke DAP, apatah lagi dengan suasana yang ada sekarang.

"DAP agak selesa, PKR pula lebih baik berbanding Bersatu daripada segi kerusi yang dipertandingkan," katanya.


Ketika ditanya ramalan jumlah kerusi yang akan dimenangi Bersatu dalam PRU nanti, Ibrahim berkata, bukan tugasnya untuk membuat ramalan itu.

"Saya tidak boleh meramal berapa jumlah kerusi yang mereka (Bersatu) akan menang," katanya yang turut menegaskan terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan dalam mengundi nanti.

Semalam, sebuah portal tempatan melaporkan, Pakatan Harapan memutuskan Bersatu untuk bertanding sebahagian besar kerusi di Semenanjung Malaysia pada PRU14 nanti.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahadhir kalah, wan azizah jadi piem !"

Posting Komentar