Loading...
PETALING JAYA: Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) berkata guru yang tidak lagi berminat untuk mendidik dan sibuk berniaga di sekolah disarankan supaya meletakkan jawatan.
Presiden PIBGN Datuk Dr Mohamad Ali berkata ini kerana tugas guru ialah mendidik anak bangsa, bukannya berniaga di sekolah dan dibimbangkan fokus mereka akan terjejas kerana ada aktiviti peribadi di tempat mengajar.
“Kalau betul guru minat berniaga dan ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan saya kira mereka kena berhenti menjadi guru dan berniaga sepenuh masa supaya ia tidak mencacatkan bidang perguruan.
“Sebagai seorang guru mereka sepatutnya memberi tumpuan sepenuh masa kepada pelajar kerana itu prinsip utama. Mereka juga seharusnya menyalahgunakan masa waktu sekolah dengan melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti perniagaan, katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sikap segelintir guru yang mengambil kesempatan berniaga di sekolah.
Mohamad berkata pihaknya tidak mahu guru mengambil kesempatan mempromosikan MLM atau menjual barangan kemas dan baju pada waktu persekolahan kerana ia menjejaskan etika seorang pendidik.
Bagaimanapun, katanya tidak semua guru bersikap begitu kerana kebanyakan masih patuh peraturan ditetapkan pihak sekolah.
“Kes tidak banyak, hanya 1 atau 2 kes, tetapi kita ambil langkah menasihati pihak berkenaan untuk pengawal diri dan menjaga disiplin,” katanya.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Pendidikan Kebangsaan (NUTP) Kamaruzzaman Abdul Razak berkata kes guru berniaga pada waktu sekolah merupakan isu terpencil dan belum ke tahap membimbangkan sehingga menjejaskan sesi pembelajaran murid.
“Isu yang berlaku bukan tahap membimbangkan, hanya segelintir guru saja minat berniaga, tidaklah sampai menjejaskan pengajaran dan pembelajaran.
“Perkara ini kadang-kadang guru seronok biasalah manusia, tetapi kalau mana-mana ibu bapa yang kurang berpuas hati mereka boleh membuat aduan menerusi saluran PIBG di setiap sekolah, bukannya membuat rungutan di luar,” katanya kepada FMT.
Sumber: Free Malaysia Today
Presiden PIBGN Datuk Dr Mohamad Ali berkata ini kerana tugas guru ialah mendidik anak bangsa, bukannya berniaga di sekolah dan dibimbangkan fokus mereka akan terjejas kerana ada aktiviti peribadi di tempat mengajar.
“Sebagai seorang guru mereka sepatutnya memberi tumpuan sepenuh masa kepada pelajar kerana itu prinsip utama. Mereka juga seharusnya menyalahgunakan masa waktu sekolah dengan melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti perniagaan, katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sikap segelintir guru yang mengambil kesempatan berniaga di sekolah.
Mohamad berkata pihaknya tidak mahu guru mengambil kesempatan mempromosikan MLM atau menjual barangan kemas dan baju pada waktu persekolahan kerana ia menjejaskan etika seorang pendidik.
Bagaimanapun, katanya tidak semua guru bersikap begitu kerana kebanyakan masih patuh peraturan ditetapkan pihak sekolah.
“Kes tidak banyak, hanya 1 atau 2 kes, tetapi kita ambil langkah menasihati pihak berkenaan untuk pengawal diri dan menjaga disiplin,” katanya.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Pendidikan Kebangsaan (NUTP) Kamaruzzaman Abdul Razak berkata kes guru berniaga pada waktu sekolah merupakan isu terpencil dan belum ke tahap membimbangkan sehingga menjejaskan sesi pembelajaran murid.
“Isu yang berlaku bukan tahap membimbangkan, hanya segelintir guru saja minat berniaga, tidaklah sampai menjejaskan pengajaran dan pembelajaran.
“Perkara ini kadang-kadang guru seronok biasalah manusia, tetapi kalau mana-mana ibu bapa yang kurang berpuas hati mereka boleh membuat aduan menerusi saluran PIBG di setiap sekolah, bukannya membuat rungutan di luar,” katanya kepada FMT.
Sumber: Free Malaysia Today
Loading...
0 Response to "Berhenti jadi guru kalau nak meniaga di sekolah, kata PIBGN"
Posting Komentar