Loading...

Jamal Yunos Punca Cetus Kekecohan Dengan Aktivis BERSIH.. Ini Buktinya

Loading...
Jamal Yunos Punca Cetus Kekecohan Dengan Aktivis BERSIH.. Ini Buktinya. Bersih 2.0 memuat naik 1 rakaman video menunjukkan pergelutan antara aktivisnya dan penyokong Gerakan Baju Merah yang diketuai Datuk Jamal Md Yunos di Teluk Intan, Perak, hari ini.

Rakaman video selama 1 minit 37 saat yang dimuat naik ke laman Facebook Bersih 2.0 itu jelas menunjukkan pergelutan antara aktivis Bersih dan penyokong Gerakan Baju Merah.

Jamal Yunos Punca Cetus Kekecohan Dengan Aktivis BERSIH.. Ini Buktinya. Pada mulanya, aktivis Bersih dilihat bercakap dengan Jamal dan pengikutnya, sebelum keadaan bertukar kecoh apabila Jamal menyambar 1 kain rentang daripada aktivis Bersih.

Pergelutan itu berlaku dekat sebuah van polis, di mana ada orang yang kedengaran memanggil polis untuk campur tangan, sebelum pergelutan berakhir tidak lama kemudian.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mendakwa Jamal sebagai punca kekecohan itu berlaku, apabila beliau menyerang seorang aktivis Bersih.

Bagaimanapun, ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu menafikan dakwaan Maria.

Jamal Yunos Punca Cetus Kekecohan Dengan Aktivis BERSIH.. Ini Buktinya


Maria memberitahu FMT, polis Teluk Intan bertindak menghalang penyokong Baju Merah mendekati aktivis Bersih, tetapi ketika kedua-dua pihak berunding, Jamal bertindak melancarkan serangan.

Beliau berkata, Jamal sepatutnya ditahan serta-merta kerana mendakwa seorang pegawai polis menyaksikan serangan Jamal itu.

Katanya, Umno perlu menegur Jamal dan menyingkirkan ahli yang berlagak seperti samseng, kecuali parti itu mahu dilihat membiarkan tingkah laku sedemikian.

Jamal bagaimanapun memberitahu perkara sebaliknya kepada FMT dengan menafikan dakwaan beliau menyerang aktivis Bersih.

“Mereka berarak dari pejabat Amanah di Teluk Intan dengan sepanduk dan kain rentang serta melaungkan slogan,” katanya sambil menambah kumpulan aktivis itu turut mengedar risalah yang didakwanya sarat dengan pembohongan mengenai kerajaan.

Jamal Yunos Punca Cetus Kekecohan Dengan Aktivis BERSIH.. Ini Buktinya


“Kami menghalang laluan mereka dan enggan berganjak, itulah masanya mereka mula menolak (kami). Jamal berkata, beliau sedia bekerjasama dengan polis jika siasatan dijalankan ke atas kekecohan itu.

Terdahulu, konvoi Bersih 5 di Lumut, Perak dilaporkan diganggu penyokong Gerakan Baju Merah bermotosikal yang menjerit dan memukul tingkap kereta dinaiki aktivis.

Jamal bagaimanapun menafikan pernah mengarahkan penyokong Baju Merah menggunakan kekerasan dan berkata, beliau tidak dapat mengawal kemarahan penyokongnya.

Rabu lalu, Jamal melancarkan kempen Merah V2 yang menggembleng penyokongnya untuk turun ke 6 lokasi utama konvoi jelajah negeri Bersih mulai hari ini, menuju acara kemuncak di ibu negara, iaitu himpunan Bersih 5 pada 19 November nanti.

Jamal Yunos Punca Cetus Kekecohan Dengan Aktivis BERSIH.. Ini Buktinya. Katanya, penyokong Baju Merah bersedia “menyerang” semua lokasi yang diumumkan Bersih 2.0.

Lihat video di sini.




Iklan
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jamal Yunos Punca Cetus Kekecohan Dengan Aktivis BERSIH.. Ini Buktinya"

Posting Komentar