Loading...
Kami Balaci, Macai Umno Akan Terus Bersatu Demi Parti. Kami balaci dan macai Pemuda Umno akan terus bersatu hati dan tenaga bagi memastikan Umno, BN dan pucuk pimpinan akan terus mentadbir negara,” demikian kata Exco Pemuda Umno, Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz.
Ujarnya, biarpun dilempar dengan pelbagai label, pihaknya tetap berpegang teguh kepada agenda perjuangan parti keramat itu.
Kami Balaci, Macai Umno Akan Terus Bersatu Demi Parti. “Umno merupakan antara parti yang paling demokratik jika dibandingkan dengan parti-parti lain termasuk DAP dan PKR. Terkandung dalam arkib perbezaan pendapat di dalam Umno sudah menjadi lumrah sejak penubuhan parti ini lagi.
“Tetapi apa yang mengikat ahli Umno adalah kesanggupan untuk berjuang mengikut peruntukan perlembagaan demi memastikan agenda parti terus releven.
"Selain daripada istiqomah, perjuangan itu perlulah bersandarkan kesetiaan. Tiada entiti yang pernah berjaya jika ahlinya tidak setia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kami Balaci, Macai Umno Akan Terus Bersatu Demi Parti
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan bekas Exco Pemuda Umno, Mohd Rafiq Naizamohideen mengumumkan keluar parti berkuat kuasa semalam.
Pengumuman tersebut dibuat dalam sidang media di sebuah hotel di Ampang yang turut disertai 28 bekas pemimpin cawangan Umno juga mengumumkan keluar parti.
Mengulas lanjut, Tengku Zuhri berkata, kenyataan Mohd Rafiq pada sidang media semalam tidak mendedahkan perkara baharu, sebaliknya hanya mengitar semula tomahan dan tuduhan yang telah acap kali dijawab oleh pelbagai pihak.
Kami Balaci, Macai Umno Akan Terus Bersatu Demi Parti
“Ketika Mohd Rafiq mempunyai kedudukan di dalam Umno tidak pernah sekalipun dia menyuarakan pendapat melalui saluran yang tepat samaada di dalam forum Mesyuarat Pergerakan Pemuda, Mesyuarat Khas bersama kepimpinan tertinggi mahupun Perhimpunan Agung.
“Malah Mohd Rafiq juga melabel rakan-rakannya di dalam exco Pemuda macai dan balaci. Mungkin kerana beliau betul-betul baru dalam politik dan tidak mempunyai pengalaman mendampingi rakyat dan pengalaman lama bergiat di dalam parti , tetapi hakikatnya hidup sebagai ahli politik yang sebenar memanglah merupakan balaci dan macai kepada rakyat,” ujarnya lagi. - Sinar Harian
Iklan
Loading...
0 Response to "Kami Balaci, Macai Umno Akan Terus Bersatu Demi Parti"
Posting Komentar