Loading...

YDP Perkasa Selangor lepaskan jawatan, sertai BERSATU

Loading...
Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya memutuskan melepaskan jawatannya berkuat kuasa hari ini bagi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Katanya, keputusan itu dibuat atas kesedaran sendiri yang tidak mahu terikat dengan mana-mana pihak dan mahu membela nasib masa depan bangsa serta negara melalui PPBM.
“Ada kalanya pangkat dan jawatan bukanlah perkara penting kepada kita untuk terus menjadi seorang pembela kepada nasib masa depan agama, bangsa dan negara.
“Mungkin dengan tindakan ini boleh menimbulkan pelbagai persepsi terhadap diri saya dan rakan-rakan yang lain, tetapi itu bukan halangan kepada kita untuk terus membantu dan menjadi seorang pejuang,” katanya kepada FMT.
Abu Bakar menambah keputusan itu dibuat berikutan merasakan penghijrahannya itu merupakan satu tuntutan dalam Islam.
“Kenapa tidak kita melakukannya walaupun terpaksa berkorban? Jika terdapat kesilapan dan keterlanjuran kata-kata dan tindakan saya semasa menerajui Perkasa Selangor, saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf serta selamat dunia dan akhirat,” katanya.
Sementara itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali ketika dihubungi FMT mengesahkan pelepasan jawatan Abu Bakar itu.
Ibrahim berkata, beliau menghormati keputusan Abu Bakar dan yakin tindakannya itu tidak akan memberi kesan kepada Perkasa.
“Itu hak dia. Cerita keluar (Perkasa) itu hak masing-masing. Kita hormat dan tiada masalah. Dia (Abu Bakar) seorang tidak jejaskan apa-apa. Sebelum ini ada yang letak jawatan dan berhenti. Tidak ada masalah,” katanya.
Ibrahim juga mengesahkan pelepasan jawatan Abu Bakar itu disebabkan beliau mahu aktif dalam PPBM.
Bagaimanapun beliau menafikan keputusan itu disebabkan terdapat konflik dalam Perkasa.
“Tidak ada (konflik). Dia nak aktif dalam Bersatu (PPBM). Saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya. - FMT
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "YDP Perkasa Selangor lepaskan jawatan, sertai BERSATU"

Posting Komentar