Loading...

AKIBAT MEMBABI BUTA, SUATU PERJUANGAN YANG BODOH

Loading...

'Watak Jamal sama seperti Pinocchio'
'Watak Jamal sama seperti Pinocchio'

KUALA LUMPUR - Tidak ada pihak yang akan terpengaruh setiap dakwaan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos berkaitan kecederaan hidungnya.

Sebaliknya dakwa Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Jamal hanya mengundang kecederaan ke atas dirinya sendiri.

"Jamal ini sama seperti watak dalam Pinocchio, cerita dongeng mengisahkan anak patung yang memiliki hidung ajaib yang memanjang setiap kali ia berbohong.

“Hidung Jamal bertambah panjang setiap kali dia terlanggar sesuatu dan berdarah. Padan mukanya. Pembuli dan pembohong itu layak menerimanya," tempelak Zuraida seperti yang dipetik menerusi kenyataan hari ini.

Difahamkan, Ketua Wanita PKR itu bersama penyokong berada di pusat beli belah Ampang Point petang semalam untuk mengedarkan risalah Bersih 5 sebelum bertembung dengan kumpulan Jamal.

Jamal kemudiannya mendapat kecederaan di bahagian hidung ketika pergelutan terjadi antara pihak polis dan penyokong Bersih.


Jamal kemudiannya mendakwa beliau  ditumbuk penyokong Bersih ketika pertembungan berlaku itu.

Zuraida bagaimanapun tidak bimbang dengan laporan polis yang dibuat Jamal kerana yakin pemimpin Umno itu akan didakwa dengan laporan polis palsu.

“Bukti terpampang untuk semua menilainya,” katanya lagi.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "AKIBAT MEMBABI BUTA, SUATU PERJUANGAN YANG BODOH"

Posting Komentar