Loading...

Apabila Bekas Ketua Pengarah Penjara Beri Komen Isu Gantung Sekolah...

Loading...
SAYA turut terpanggil untuk memberi pandangan berhubung cadangan Kementerian Pendidikan yang berhasrat melaksanakan hukuman gantung sekolah selama setahun kepada pelajar yang terbukti melakukan kesalahan buli di sekolah. Hukuman gantung setahun itu adalah alternatif kepada hukuman sekolah yang sedia ada. Terlebih dahulu saya ucapkan syabas kepada Kementerian Pendidikan yang antara lain turut menggalakkan ibu bapa dan masyarakat umum memberi pandangan masing-masing terhadap cadangan tersebut.

Saya yang kerdil ini bukanlah seorang ilmuwan dan berkelulusan tinggi tetapi lebih kepada seorang bapa serta insan yang bersara setelah berkhidmat dalam Polis Di raja Malaysia (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah) selama 35 tahun dan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia selama tiga tahun. Pengalaman dalam dua jawatan itu sedikit sebanyak telah melibatkan saya dengan masalah gengsterisme dan buli dalam kalangan pelajar sekolah sama ada yang tinggal di luar mahupun di asrama.

Saya sendiri membesar di asrama. Malah ketika memegang jawatan Ketua Pengarah Jabatan Penjara dalam tempoh tiga tahun banyak perkara yang saya pelajari terutama tentang tingkah laku pelajar-pelajar khususnya yang dikenakan hukuman tahanan di Sekolah Henry Gurney. Oleh itu, jika ditanya tentang cadangan ini, saya berpendapat hukuman buang dan juga gantung persekolahan hanya akan memberi kesan negatif kepada pelajar terlibat.

Sebaik-baiknya pelajar yang membuli ini seharusnya dikenakan tindakan disiplin di peringkat sekolah terlebih dahulu dan ibu bapa pula hendaklah dimaklumkan tentang perbuatan anak mereka itu. Selain itu, berdasarkan pengalaman saya juga ada kalanya insiden buli akan ditutup demi nama baik sekolah. Sebaik-baiknya dalam isu buli ini pihak sekolah perlu bersifat adil dengan mengenakan tindakan disiplin yang lebih bersesuaian terhadap pelajar terlibat bertujuan menyedarkan mereka mengenai padahnya perbuatan itu terhadap masa depan mereka.

Namun sekiranya perbuatan buli itu mendatangkan kecederaan selain dimaklumkan kepada ibu bapa (pembuli dan mangsa), pihak polis perlu dilibatkan juga supaya siasatan dapat dilakukan dan tindakan sewajar boleh diambil. Satu lagi saranan saya dalam usaha menyedarkan pelajar yang terlibat dengan aktiviti buli ini adalah melalui bimbingan agama selain diberikan sesi kaunseling.

Apa yang dimaksudkan dengan bimbingan agama ini adalah mengadakan kelas agama khas untuk mereka terlibat dalam kes buli. Satu perkara lagi adalah tentang jalinan kerjasama antara sekolah dan polis yang perlu dipereratkan lagi. Usaha ini boleh dilakukan melalui pelantikan anggota polis sebagai pegawai perhubungan antara pihak polis dengan sekolah. Saya yakin melalui cara ini, jalinan antara kedua belah pihak dapat dilaksanakan secara berterusan.

TAN SRI MOHD. ZAMAN KHAN Kuala Lumpur

Sumber
jobs from my.neuvoo.com
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Apabila Bekas Ketua Pengarah Penjara Beri Komen Isu Gantung Sekolah..."

Posting Komentar