Loading...

[#SyukurAdaNajib] Malaysia BUKA KONSULAT JENERAL di Xi’an, China

Loading...


Malaysia telah membuka Pejabat Konsulat Jeneral di Xi’an, Wilayah Shaanxi, China.


Dalam satu kenyataan, semalam, Wisma Putra berkata pejabat itu merupakan Konsulat Jeneral Malaysia yang keenam di negara berkenaan.

Tan Li Lung telah dilantik sebagai Konsul Jeneral Malaysia yang pertama ke Xi’an dan turut bertanggungjawab ke atas Wilayah Gansu dan Wilayah Autonomi Hui Ningxia.

Wisma Putra berkata, pembukaan pejabat Konsulat Jeneral itu mempamerkan hubungan bilateral Malaysia dengan China yang rapat dan keinginan untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan tiga wilayah itu merangkumi semua bidang kerjasama seperti perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pendidikan.

Pejabat itu terletak di Hotel Shangri-La Xi’an, Bilik 912, 38B, Jalan Keiji, Xi’an Shaanxi. Ia dibuka dari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Ia boleh dihubungi menerusi talian (+8629) 8956 8478. — Bernama




Sebelum ini, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Haji Aminuddin Yahaya meminta Najib perlu menjelaskan bagaimana negara akan mengatasi lambakan imigrasi orang dari tanah besar China ke negara ini.
Adakah mereka akan diberikan PR atau kerakyatan di masa hadapan? Ini kerana ketika ini difahamkan puluhan ribu rakyat China sudah masuk ke negara tetapi tidak dapat dikesan.
Bayangkan apa akan berlaku pada demografi penduduk Malaysia kelak jika berlaku lambakan orang China,” katanya.
Haji Aminuddin turut mendesak Najib untuk memberi jaminan dengan nasib dan masa depan orang Melayu dan Bumiputera sekiranya hubungan dengan China tetap dimeterai.
Apakah nasib Melayu dan Bumiputera nanti jika China sudah menguasai segalanya khazanah negaraAdakah kita kekurangan orang tempatan untuk menguruskan ekonomi negara?,”
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[#SyukurAdaNajib] Malaysia BUKA KONSULAT JENERAL di Xi’an, China"

Posting Komentar