Loading...

Betul Ke Ini Kejadian Di Kelantan?

Loading...
Betul Ke Ini Kejadian Di Kelantan? Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) kesal dan kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan berhubung dengan isu pembalakan yang melanda masyarakat Orang Asli negeri itu.

JOAS mengakui bahawa Orang Asli mempunyai hak istimewa ke atas tanah yang telah diduduki oleh mereka sejak turun temurun lagi.

Bagi badan itu, tindakan membuat sekatan adalah petunjuk bahawa penduduk kampung sudah tidak mempunyai cara lain dalam mempertahankan tanah mereka.

Betul Ke Ini Kejadian Di Kelantan? Pelbagai usaha sudah dilakukan seperti membuat bantahan, menghantar memorandum kepada pihak kerajaan dan bertemu dengan wakil kerajaan negeri, namun tiada juga tindakan diambil malahan kegiatan pembalakan semakin menjadi-jadi, kata kenyataan badan itu.

"Kami, amat kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak pernah turun padang dan seolah-olah memandang remeh masalah penduduk yang sepatutnya menjaga kebajikan rakyat," kata kenyataan itu lagi.

Lebih teruk lagi, katanya, apabila Timbalan Menteri Besar berkata Orang Asli dihasut oleh pihak luar.

Betul Ke Ini Kejadian Di Kelantan?


"Kami menganggap ini satu komen yang tidak jujur dan merupakan buah mulut dari orang yang cuba lepas tangan daripada tanggungjawab.

Sehubungan itu, mereka menggesa kerajaan negeri Kelantan untuk berunding dan berbincang sendiri dengan semua komuniti Orang Asli Gua Musang dan bukannya hanya berbincang dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) atau dengan penghulu kampung sahaja.

Kebanyakan masalah ini timbul apabila pihak kerajaan membuat keputusan dengan sendiri ataupun bersama penghulu dan JAKOA tanpa berbincang dengan penduduk-penduduk yang lain, katanya.


Betul Ke Ini Kejadian Di Kelantan?


Sebagai tanda sokongan, Presiden JOAS En. Yusri Ahon berkata “Kami amat kesal dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan sesetengah pihak yang sanggup bertindak membuat ugutan terhadap penduduk, mengupah gangster, dan juga cuba merasuah penduduk.”

Kata-kata pihak kerajaan negeri yang menyebut aktiviti pembalakan adalah sumber pendapatan utama negeri Kelantan adalah satu jenaka yang teruk dan tidak masuk akal, katanya.

Betul Ke Ini Kejadian Di Kelantan? Tiada alasan sesebuah negeri cuma mempunyai satu sumber pendapatan kerana negeri-negeri dan negara lain juga dapat mencari cara tanpa terpaksa memusnahkan hutan dan alam sekitar dan pada masa yang sama menindas kehidupan Orang Asli, kata kenyataan itu lagi. - Malaysia Dateline





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Betul Ke Ini Kejadian Di Kelantan?"

Posting Komentar