Loading...
Kematian tragis penjual ikan, cetus demonstrasi
RABAT - MAGHRIBI. Ribuan orang kini berdemonstrasi di ibu Kota Rabat, bagi menzahirkan rasa sedih dan simpati terhadap kematian seorang penjual ikan.
Kematian tragis, Mouhcine Fikri ketika mana dia terbunuh tatkala berusaha memungut semula ikan-ikannya yang disita oleh pihak polis di bandar utara Al-Hoceima pada Jumaat lalu mencetus kemarahan netizen.
Kemarahan yang pada mulanya diluahkan menerusi media sosial bertukar menjadi lebih panas, apabila orang ramai mulai berkumpul dan mengadakan demonstrasi di Rabat, lapor BBC.
Kematian Fikri mengingatkan semula kepada kisah kematian seorang penjual buah-buahan yang berasal dari Tunisia pada 2010 yang menjadi salah satu pemacu kepada kemunculan gelombang Arab Spring di Timur Tengah.
Dalam hal ini, Raja Maghribi Mohamed telah memerintahkan para pegawainya untuk mengunjungi rumah Fikri.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri dan Keadilan juga berjanji akan melakukan penyiasatan mendalam berhubung insiden itu.
"Tiada sesiapapun yang boleh melakukan perlakuan seperti itu (merujuk kejadian itu)," kata Menteri Dalam Negeri Mohamed Hassad.
Terdahulu dalam kejadian Jumaat lalu, polis Maghiribi dilaporkan telah merampas dan menghancurkan ikan todak milik Fikri atas alasan ia telah melanggar jadual menangkap ikan.
Dalam pada itu, video yang tersebar di media sosial menunjukkan, Fikri melompat ke bahagian belakang lori sampah untuk mengambil ikan-ikannya, sebelum tubuhnya kemudian dihancurkan oleh 'compactor' yang berfungsi memampatkan sampah itu dipercayai sengaja dilakukan oleh pihak polis.
Insiden yang meragut nyawa Fikri mengingatkan pada apa yang terjadi di Tunisia. Pada 17 Disember 2010, seorang penjual sayur berusia 26 tahun, Mohamed Bouazizi nekad membakar diri kerana barang dagangannya disita polis.
Mohamed Bouaziz sempat menjalani rawatan di hospital, Bouazizi meninggal dunia pada 2 Januari 2011.
Bouazizi adalah wajah rakyat Tunisia yang menderita di negara yang dilanda krisis di mana yang miskin ditindas dan kaum elit hidup mewah.
Kisahnya membangkitkan kemarahan rakyat ke atas penguasa. Demonstrasi meledak, rakyat turun ke jalan menuntut Ben Ali turun.
Pada 14 Januari 2011, Ben Ali yang tak lagi dipercayai rakyat itu pun diam-diam lari ke Arab Saudi bersama keluarganya. Revolusi kemudian tersebar ke Mesir, Libya, dan negara-negara di Jazirah Arab lainnya.
Loading...
0 Response to "DIA ORANG KECIL YANG TIADA NAMA, TAPI HATINYA ADA PADA SETAIP HATI MARHAIN"
Posting Komentar