Loading...
Syarikat penjagaan rambut guna logo halal tidak sah
Penolong Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Sabirah Md Isa menanggalkan logo halal yang dipamerkan di hadapan pintu masuk sebuah premis menjual produk penjagaan rambut kerana meletakkan logo halal yang tidak diiktiraf dalam satu operasi di Jalan Dato Keramat, hari ini. - Foto Bernama
GEORGETOWN - Sebuah syarikat penjagaan rambut di Jalan Datuk Keramat, di sini dikesan menggunakan logo halal tidak sah, bagi menarik pembeli beragama Islam.
Penggunaan logo halal bukan dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu dikesan dalam pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP Nur Hanisah Othman berkata pemeriksaan ke atas kedai itu dibuat kira-kira 10 pagi setelah mendapat aduan orang ramai mengenai penggunaan logo halal yang meragukan.
"Hasil pemeriksaan kami mendapati di pintu masuk kedai itu dan beberapa barangan penjagaan rambut dijual antaranya syampu, perapi, krim serta minyak rambut menggunakan logo halal yang tidak sah iaitu keluaran sebuah syarikat swasta.
"Pemilik syarikat itu juga gagal mengemukakan sebarang surat pengesahan halal," katanya kepada pemberita selepas operasi itu, di sini hari ini.
Nur Hanisah berkata pemilik syarikat berusia 30-an itu akan disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan kompaun akan diberikan setelah mendapat keterangan pemilik premis berkenaan.
Beliau berkata dalam operasi itu, KPDNKK Pulau Pinang merampas 500 botol berkenaan kerana menggunakan logo halal tidak sah.
Beliau turut meminta semua premis perniagaan di Pulau Pinang menurunkan logo halal yang tidak mendapat kebenaran Jakim kerana ia merupakan satu kesalahan.
Orang ramai yang meragui status logo halal di premis perniagaan boleh menyemak menerusi laman web www.halal.com.my dan pengguna juga dinasihatkan membuat aduan menerusi talian 04-2505451 bagi membolehkan pihaknya mengambil tindakan.
"Sejak Januari hingga November, kami mengambil tindakan terhadap 13 premis perniagaan membabitkan restoran dan pusat menyembelih ayam yang menggunakan logo halal tidak sah," katanya. - Bernama
Loading...
0 Response to "INILAH CARA PENGHINAAN TERHADAP UMAT ISLAN, JABATAN AGAMA APA BUTA ? MAKAN TIDO ?"
Posting Komentar