Loading...

JIKA HANGPA TAK HORMATI DASAR PAS MAKA PAS JUGA TAK HORMATI DASAR HANGPA, BOLEH BLAH !

Loading...
Pas terus istiqamah pertahankan dasar, prinsip
Nasrudin Hassan
Nasrudin

SHAH ALAM - Pas akan terus istiqamah dalam usaha mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan Islam.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, Pas sentiasa bersikap terbuka dengan sesiapa sahaja yang sedia menerima dan menghormati dasar dan prinsip perjuangannya.

Namun katanya, mutakhir ini, pelbagai pihak termasuk parti-parti politik dan pengamal media sedang memerhati keputusan serta pendirian Pas mengangkat formula mendepani PRU akan datang.

“Tidak kurang juga cyber trooper dan pelampau media dengan agenda batu api dan racun tuba yang tidak sudah-sudah menyalahkan Pas,” ujarnya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, sama ada perlu bertanding banyak penjuru atau mengikut strategi satu lawan satu dalam PRU akan datang, kesannya adalah daripada sikap politik yang diambil.

Menurutnya, Pas bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan.

“Pengalaman luas dan lama Pas di pentas politik tanah air dengan pelbagai bentuk tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang telah dilalui, membuktikan Pas sebuah parti yang banyak bertolak-ansur dalam rentak catur politiknya.

"Namun Pas tidak boleh membiarkan dirinya ditolak beransur-ansur oleh petualang serta penyangak politik yang tamak dan haloba,” tegasnya.

Katanya, politik dakwah dan amar makruf nahi mungkar menjadi cermin kepada corak keterbukaan versi Pas.

Bagaimanapun, katanya, keterbukaan Pas tidak sampai menerima masuk sampah sarap hingga menghakis nilai dan makna Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

Menurutnya, Pas tidak akan mengorbankan prinsip perjuangannya sebagaimana mereka tidak pernah menutup pintu buat tetamu yang tahu adab dan menghormati maruahnya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "JIKA HANGPA TAK HORMATI DASAR PAS MAKA PAS JUGA TAK HORMATI DASAR HANGPA, BOLEH BLAH !"

Posting Komentar