Loading...
MOHD Nizan menunjukkan kesan lebam pada badan anaknya akibat dicubit seorang ustazah. |
Bapanya, Mohd Nizan Othman, 32, mendakwa anak lelakinya yang berusia 11 tahun dicubit sehingga menampakkan kesan lebam yang teruk di bahagian belakang badan dan lengan.
"Selepas ditanya punca kesan lebam yang banyak itu, barulah anak saya beritahu dia dicubit seorang ustazah di sekolahnya, malah turut mendakwa sering dicubit sehingga takut ke sekolah setiap kali ada mata pelajaran agama.
"Susulan itu saya membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Melaka pada 5 Oktober lalu, sebelum doktor memaklumkan anak saya didera. Laporan turut dibuat pada hari sama di Balai Polis Tiang Dua," katanya ketika ditemui di pejabat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Taman Melaka Raya, di sini, petang tadi.
Mahu mendapatkan penjelasan lanjut, Mohd Nizan kemudian menemui pihak sekolah sebelum diaturkan tiga pertemuan, termasuk dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mencari penyelesaian.
"Bagaimanapun, hingga kini tiada jalan penyelesaian dicapai, termasuk tiada tindakan susulan diambil ke atas guru agama terbabit.
"Sebelum ini saya juga diminta untuk menarik balik laporan polis kerana pihak sekolah dan guru itu mendakwa mahu selesaikan cara baik," katanya.
KESAN lebam yang teruk di bahagian belakang badan dan lengan seorang murid sekolah rendah di Ayer Molek, Melaka. |
Loading...
0 Response to "Anak saya tanggung derita, dicubit ustazah hingga lebam"
Posting Komentar