Loading...
Belum masanya namakan calon Perdana Menteri
Tun Mahathir
USAHA menawan Putrajaya menjadi fokus dan keutamaan sebelum penamaan calon perdana menteri dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan dilakukan.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penyatuan semua parti dalam Pakatan Harapan lebih penting untuk menentukan kemenangan pada PRU14.
“Belum masanya. Tumpuan kita sekarang ini menyatukan semua parti pembangkang dalam Pakatan Harapan.
“Kita perlu tawan Putrajaya dahulu dan selepas itu kita boleh namakan sesiapa sahaja yang layak untuk jadi perdana menteri,” katanya pada sidang media, semalam.
Tambahnya, calon perdana menteri mestilah datang daripada parti yang memenangi kerusi terbanyak pada PRU14.
Loading...
0 Response to "JIKA IKUT PANDANGAN MAHADHIR DAP AKAN JADI PI EM"
Posting Komentar