Loading...

Keputusan UPSR 2016, Ini Pesanan Menteri Pendidikan Malaysia

Loading...
Daripada Menteri Pendidikan Malaysia

1. Ibu bapa tidak perlu gusar dengan jumlah A diperoleh anak mereka dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), sebaliknya melihat ia secara holistik.

2. Calon UPSR tahun ini adalah KOHORT pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pada masa sama, pembelajaran murid juga lebih menjurus kepada membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), di mana mereka diasah berfikir secara lebih kreatif.

3. Format instrumen yang berbeza pada tahun ini banyak melatih murid kemahiran berfikir terutama terhadap soalan berbentuk struktur.

4. Keputusan UPSR 2016 yang menggunakan format baharu menyaksikan seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A. Jumlah pencapaian itu adalah 1.11 peratus daripada 452,721 calon yang menduduki peperiksaan itu September lalu.

5. Tahun ini tidak sewajarnya ada perbandingan kerana ia adalah KOHORT pertama melaksanakan peperiksaan itu mengikut KSSR dan PBS.
jobs from my.neuvoo.com
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Keputusan UPSR 2016, Ini Pesanan Menteri Pendidikan Malaysia"

Posting Komentar