Loading...

Rupanya Penangkapan Jufazli Tidak Sah

Loading...
Rupanya Penangkapan Jufazli Tidak Sah. Tindakan polis mengenakan tahanan reman selama seminggu ekoran status di Facebook bagi pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah, Jufazli Shi Ahmad adalah sebagai tidak sah.

“Penangkapan saya pada 9 November lalu sebenarnya tidak sah. Saya ditangkap di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi. Saya digari dengan penangkapan yang melanggar hak asasi manusia.

“Seksyen itu tidak boleh digunakan oleh polis dan orang kenamaan Umno untuk menangkap saya kerana peruntukan tersebut tidak mengikut prosedur sepatutnya.

Rupanya Penangkapan Jufazli Tidak Sah. “Sila keluarkan saman mengikut prosedur undang-undang. Bagaimana polis hendak menangkap saya sedangkan saya tidak melakukan kesalahan?” bidasnya dalam kenyataan video rasmi yang dikeluarkan beliau malam tadi.

Penulis buku ‘Membina Empayar: Governan Abdul Taib Mahmud di Sarawak’ itu memberitahu, dirinya telah dibebaskan atas jaminan polis selepas seminggu ditahan atas apa yang disifatkan sebagai mengikut arahan politik.

“Terima kasih kepada penyokong Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah juga Solidariti Jufazli. Masyarakat awam percaya kepada pendedahan dan hak asasi untuk menyatakan perkara yang benar dan memperbaiki urus tadbir yang baik untuk Sabah.

Rupanya Penangkapan Jufazli Tidak Sah


“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada PDRM yang melakukan tugas mereka. Penangkapan ini atas arahan Musa Aman (Ketua Menteri Sabah). Kita mesti berdepan secara bersemuka,” tegasnya sambil memberitahu peningkatan jumlah pengikutnya di Facebok ekoran kes dialaminya.

Sumber sahih 

Beliau turut menyatakan dirinya mempunyai hak untuk bersuara dalam mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri Sabah bersumberkan maklumat yang betul.

“Kebebasan rakyat untuk menggunakan media sosial. Saya mempunyai kebebasan untuk menulis apa sahaja berdasarkan sumber yang sahih dan informasi yang benar.

“Saya akan terus bersuara, menulis dan mengkritik. Bukan atas sebab mahu menghancurkan Sabah atau Malaysia. Kita mahu menyelamatkan Sabah dan negara. Kita perlu bersatu,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Jufazli turut mempertikai tangkapan ke atasnya hanya kerana beliau mendedahkan masalah bekalan air di Sabah.

Rupanya Penangkapan Jufazli Tidak Sah


“Mengapa saya ditangkap mengikut Seksyen 233 apabila saya mengkritik ‘mati air’ di Tawau? Adakah penangkapan saya akan menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah?” soalnya.

Beliau menyifatkan undang-undang dimanipulasi dan perlembagaan dicabul hanya kerana dirinya melawan korupsi yang menyebabkan majoriti rakyat di Sabah tidak mendapat bekalan air.

“Jika Musa Aman dan Umno-BN cuba memarahi pihak polis, mereka kena buktikan setiap tuduhan adalah benar, jika saya yang melakukannya.

Rupanya Penangkapan Jufazli Tidak Sah.“Penangkapan ini hanya menaikkan semangat negeri Sabah untuk mengubah sistem kerajaan yang lebih adil dan melindungi hak rakyat untuk bersuara,” tegasnya lagi yang juga pensyarah universiti swasta. - md



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rupanya Penangkapan Jufazli Tidak Sah"

Posting Komentar