Loading...
Lebih baik Mahathir berhenti 'bercakap'
KOTA BHARU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan agar tidak terus mengeluarkan kenyataan berkaitan politik termasuk menyerang Pas agar rakyat lebih menghormatinya.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ini kerana kebanyakan perkara yang dibangkitkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu kini pernah dilakukannya ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.
“Dia tidak ada kerja sekarang, sebab itu lakukan pelbagai tindakan, bangkitkan semua perkara walaupun kebanyakan yang dibangkitkan pernah dilakukan sebelum ini.
"Sebagai contoh, dulu dia larang rakyat sertai perhimpunan, tetapi sekarang dia lakukan," katanya kepada media selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, Mahathir hanya akan berhenti ‘bercakap’ jika semua pihak mendengar atau mengikuti segala kemahuannya.
“Itu adalah sikapnya sejak dahulu lagi, dan dia akan melakukan apa sahaja tindakan termasuk menyerang Pas yang tidak mengikutnya. Beliau akan berhenti bercakap bila semua orang ikut dia,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Amar turut memberi amaran kepada Mahathir supaya berhenti menyerang Pas sekiranya mahu menjalinkan kerjasama dengan parti itu.
“Kalau Bersatu benar- benar ingin jalinkan kerjasama dengan Pas untuk berdepan BN pada PRU akan datang, Mahathir kena jaga mulut, dan kena ingat, dia bukan lagi Perdana Menteri, kena tahu hadnya,” katanya.
Loading...
0 Response to "MAHADHIR PERLU BANYAK BERCAKAP SUPAYA RAKYAT SUKAKANNYA"
Posting Komentar