Loading...

Taklimat RUU 355 Panas

Loading...
Taklimat RUU 355 Panas. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan sesi taklimat khas Rang Undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) untuk ahli Parlimen beragama Islam di Parlimen semalam, berlangsung dalam suasana ‘hangat’ pada mulanya.

Timbalan perdana menteri berkata, namun keadaan itu tidak berlanjutan apabila semua ahli Parlimen menerima penjelasan kerajaan yang RUU 355 berkaitan usaha memartabatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah, bukannya pelaksanan Hudud seperti yang dibimbangi sebahagian mereka.

Taklimat RUU 355 Panas.  “Walaupun negara kita cuba dipetak-petakkan dengan pelbagai fahaman, kita beruntung kerana atas nama Islam semua ahli Parlimen beragama Islam boleh mengetepikan fahaman, pegangan dan ideologi politik untuk duduk bersama dan berbincang.

“Pada peringkat awal, sesi berlangsung agak hangat kerana mereka kurang faham, tetapi apabila penjelasan dibuat, mereka pula sebaliknya mengatakan mengapa penjelasan tidak dibuat dari dahulu dan kita pula berkata kenapa mereka tidak tanya dari dulu,” katanya sambil disambut tepukan hadirin.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Simposium Tahfiz Al-Quran Peringkat Antarabangsa sempena sambutan jubli emas Darul Quran Ke-50 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Taklimat RUU 355 Panas


Zahid berkata, taklimat khas itu diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dihadiri ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), PAS, PKR dan Amanah.

Mengulas lanjut, katanya, beliau tidak bermaksud menggunakan ‘pentas’ majlis itu untuk bercakap hal yang dianggap sebagai perkara politik, tetapi ingin menjelaskan taklimat khas itu dibuat atas kapasiti memartabatkan perundangan Islam.

Beliau berkata, orang bukan Islam sepatutnya tidak merasa tergugat atau diketepikan berikutan perkara itu kerana pindaan akta berkenaan, jika dilaksanakan kelak, hanya tertakluk kepada umat Islam.

“Kenapa orang bukan Islam perlu merasa takut, hendak risau kenapa…sebab ini untuk orang Islam, tidak menyentuh orang bukan Islam pun.

“Kenapa orang Islam mesti disalahkan kalau kita cuba mempertingkatkan martabat dan sistem perundangan Islam. Apakah satu kesalahan jika langkah itu dapat memastikan hakim syariah dinaik taraf daripada gred 54 ke Jusa C, B, A dan sebagainya,” katanya.

Taklimat RUU 355 Panas


Sehubungan itu, Zahid yang juga menteri dalam negeri mengingatkan mereka yang menentang RUU 355 supaya menghormati hal berkaitan perundangan Islam dan memahami ia adalah undang-undang Islam dan hanya untuk umat Islam.

“Kalau mereka tidak faham kita akan jelaskan, rundingi tetapi jangan tentang sebelum faham dan memberikan persepsi berlainan berkenaan rang undang-undang itu,” katanya.

Taklimat RUU 355 Panas. Semalam, Zahid yang juga ketua whip BN dilaporkan berkata, rang undang-undang itu yang dibawakan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mencetuskan pelbagai andaian dan perdebatan banyak pihak, akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat yang akan berakhir esok. - fmt



Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Taklimat RUU 355 Panas"

Posting Komentar