Loading...

Pantai Morib DICEMARI NAJIS BABI, ada lebih 125 LADANG BABI di Selangor

Loading...

Kebiasaannya suasana pantai sering dikaitkan dengan kedamaian, ketenangan dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga mahupun orang yang tersayang. Namun keadaan itu berlainan bagi Pantai Morib yang terletak di Banting.
Pelbagai usaha untuk mencantikkan Pantai Morib telah dilakukan pihak berkuasa tempatan namun semuanya hampir sia-sia kerana pencemaran najis babi masih berlaku dan merebak ke kawasan rekreasi itu.
Isu pencemaran yang berlaku dan sungai dan anak sungai berdekatan telah mengalirkan sisanya ke Pantai Morib dan pencemaran tersebut tidak diselesaikan lalu menyebabkan pengunjung ke Pantai Morib semakin berkurangan.
Menurut penduduk setempat, pada 10 tahun yang lalu Pantai Morib popular sebagai tempat untuk rekreasi hujung minggu namun keadaan tersebut berubah sejak pencemaran sisa najis babi terjadi.
“Saya membesar dan kerap mengunjungi pantai ini namun hari ini, situasinya tidak sama seperti dahulu kerana kami tidak lagi turun untuk mandi-manda dan jika datang ke sini pun sekadar berkelah atau beriadah di kawasan dataran ini,” ujar seorang suri rumah, Khatijah Tamberin, 47, kepada Berita Harian.
Tambahnya lagi, sememangnya daripada dahulu air di Pantai Morib tidak berwarna biru seperti pantai yang lain namun ia tidak sekotor keadaan sekarang bahkan dia tidak mengalakkan anak dan cucunya untuk mandi di sini.
Pemandu lori, Mohammad Amirul Syafiq Tukiran, 25, turut tidak turun untuk mandi atau bermain di kawasan pantai kerana mendakwa air di situ tidak bersih ekoran pencemaran najis babi.
Selain itu dia tidak mandi di pantai tersebut kerana isu babi bukan satu perkara mudah dan sensitif bagi orang Islam.
Dalam masa yang sama, peniaga ikan bakar, Raja Zairil Raja Sulaiman turut memberitahu dataran Pantai Morib telah dilakukan penambahbaikan namun ia masih tidak dapat menarik pengunjung luar dan dakwanya ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti rekreasi di pantai bersebelahan. - BH
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pantai Morib DICEMARI NAJIS BABI, ada lebih 125 LADANG BABI di Selangor"

Posting Komentar