Loading...
Oleh Azizul Osman
KUALA LUMPUR: PAS buat masa ini tidak dijemput untuk menyertai Kabinet bayangan Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.
Pun begitu, Nik Abduh berkata PAS tidak fikir PH akan menjemput parti itu untuk untuk menyertai Kabinet itu, sementelah tiada sebarang kerjasama antara mereka kecuali dengan PKR.
Malah, kerjasama PAS dan PKR hanya melibatkan urusan pentadbiran dalam kerajaan negeri Selangor, ujar Nik Abduh.
"Tidak ada (jemputan untuk sertai Konvensyen PH) sebab tidak ada hubungan (kerjasama). Kita tidak berhubung dengan Pakatan Harapan, hanya mempunyai hubungan dengan PKR sahaja," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini berkata senarai Kabinet bayangan akan dimuktamadkan pada konvensyen pertama PH, 12 November depan.
Nik Abduh bagaimanapun berkata, PAS belum membuat sebarang ketetapan jika PH menjemput parti itu untuk turut serta dalam senarai tersebut.
"Kita tidak fikir lagi (untuk tolak sekiranya ada jemputan). Tawaran itu tidak ada lagi sebab hubungan kita (hanya) dengan PKR. Jadi hubungan berkaitan dengan DAP dan PAN (Amanah) itu kita tidak layan sebab sudah putus hubungan dengan mereka.
"Saya tidak fikir begitu (PH akan jemput PAS sertai Kabinet bayangan PH)," katanya.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) diletakkan selaku Timbalan Perdana Menteri 1 dalam Kabinet bayangan Pakatan Rakyat (PR).
Sementara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri 2, dan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian selaku Timbalan Perdana Menteri 3.
PAS dalam Kabinet bayangan itu ditawarkan sembilan jawatan menteri penuh sementara 13 jawatan timbalan menteri.
PR kini sudah berkubur selepas PAS dan DAP bertegang urat perihal isu pelaksanaan hudud di Kelantan.
Loading...
0 Response to "PAS tidak terima jemputan sertai Kabinet bayangan PH"
Posting Komentar