Loading...
SEKALI LAGI Najib cuba nak perbodoh & menipu rakyat...
Kalau benarlah hutang 1MDB bukan hutang kerajaan Persekutuan, KENAPA KALAU 1MDB GAGAL BAYAR HUTANG, KERAJAAN PULA YANG AKAN TANGGUNG !!!
Mudahnya jadi KERAjaan BN.. Dah pandai buat hutang berpuluh2 bilion ringgit, dipaksanya rakyat bayar CUKAI GST 6% !!!
Kemudian Najib satu keluarga punggah anak-beranak (termasuk anak tiri Najib) naik jet mewah VVIP kerajaan pergi ke Beijing, China..
Kalau benarlah hutang 1MDB bukan hutang kerajaan Persekutuan, KENAPA KALAU 1MDB GAGAL BAYAR HUTANG, KERAJAAN PULA YANG AKAN TANGGUNG !!!
Mudahnya jadi KERAjaan BN.. Dah pandai buat hutang berpuluh2 bilion ringgit, dipaksanya rakyat bayar CUKAI GST 6% !!!
Kemudian Najib satu keluarga punggah anak-beranak (termasuk anak tiri Najib) naik jet mewah VVIP kerajaan pergi ke Beijing, China..
KENYATAAN MEDIA
MARAHKAN RASUAH 1MDB JUGA, BUKAN SENSITIF MINYAK NAIK SAHAJA
Saya berasa lega dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia apabila rata-rata mereka begitu sensitif dengan pengumuman kenaikan harga bahan api dan minyak masak yang begitu mendadak. Luahan di media-media sosial sama ada secara jelas dan sinis menunjukkan rakyat negara ini sedar akan kesan dan akibat yang bakal dirasai.
Bagaimanapun, saya sedikit kecewa terhadap sebahagian rakyat negara ini khususnya Orang Melayu bumiputera kerana sensitiviti sama tidak terasa kepada isu rasuah dan penyelewengan kuasa. Isu 1MDB contohnya, telah menyebabkan kecurian khazanah negara berbilion ringgit sehinggakan pelakon filem terkenal Leonardo Di Caprio sanggup memulangkan semula wang yang diupah untuk beliau berlakon dari sumber wang haram dari Malaysia.
Dua buah bank ditutup dan asetnya dibekukan kerana terlibat dengan wang haram sementara DOJ Amerika Syarikat dan kerajaan Switzerland telah memulakan tindakan ke atas penggubahan wang haram berkait 1MDB di negaranya.
Saya masih hairan dengan sikap sebahagian rakyat negara kita. Barangkali kerana kesan 1MDB tidak dilihat menimpa individu rakyat secara langsung, maka sensitifnya kurang. Saya tidak kisah jika ia hanya melibatkan rakyat yang kurang paham tetapi malangnya pemimpin-pemimpin politik dan NGO juga serupa.
Kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais dalam tong drum dan pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi tiada jawapan sehingga kini. Pemecatan timbalan perdana menteri, menteri-menteri dan menteri besar yang mempersoal pelaburan 1MDB juga menjadi tanda tanya. Seluruh dunia sedang membincangkan soal rasuah dan kes jenayah besar di Malaysia sekalipun pemimpin negara kita cuba bermain silap mata.
Jikapun 1MDB tidak nampak kesan langsung kepada setiap rakyat, namun ia sebenarnya telah memusnahkan seluruh negara akibat rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dan pelakunya masih lagi bebas.
Oleh itu sensitiviti terhadap kenaikan harga minyak sepatutnya seiring dengan rasuah dan penyelewengan yang berlaku termasuk kes 1MDB dan juga projek bekalan air di Sabah.
Ekonomi negara kita ini sedang parah dan pengurusan wang negara pincang. Kepada rakyat khasnya Orang Melayu dan bumiputera, janganlah kerana pemerintah ini dikuasai bumiputera maka kita pejamkan sahaja mata membiarkan rasuah dan penyelewengan terus berlaku, sekalipun negara menuju kehancuran dan rakyatnya menderita.
HARAPAN BARU
MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
Presiden
Parti Amanah Negara
01 November 2016
Loading...
0 Response to "[Video Dream It Possible] MARAHKAN RASUAH 1MDB JUGA, Bukan sensitif minyak haik sahaja."
Posting Komentar