Loading...
TPP: Trump ikrar AS tarik diri pada hari pertamanya
Donald Trump
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Donald Trump berkata, Amerika Syarikat akan menarik diri dari Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) pada hari pertamanya di White House.
Beliau mengumumkan perkara itu dalam satu mesej video, menggariskan apa yang akan dilakukannya apabila mengambil alih jawatan pada Januari ini, lapor BBC.
Perjanjian perdagangan TPP telah ditandatangani oleh 12 negara.
Bakal presiden itu juga berjanji untuk mengurangkan sekatan pekerjaan dalam pengeluaran arang batu dan menghentikan penyalahgunaan visa
Bagaimanapun, Trump tidak menyebut mengenai 'Obamacare' atau membina dinding di sempadan selatan Mexico iaitu dua tindakan beliau yang dilaungkan semasa kempen pemilihan presiden sebelum ini.
Perjanjian TPP dipersetujui pada 2015 oleh beberapa negara termasuk, Jepun, Malaysia, Australia, New Zealand, Kanada dan Mexico.
Loading...
0 Response to "SENANG-SENANG JE BARUA TU TIPU NEGARA KECIL"
Posting Komentar