Loading...
Setiausaha Agong Kesatuan Ulama Se dunia, Syaikh Prof. Dr. Ali Mahyuddin Al-Qaradaghi, pernah menyerukan umat Islam di seluruh dunia, baik yang berada di negara arab maupun luar arab untuk melakukan aksi demonstrasi dan deklarasi kemarahan secara global pada hari Jumaat, 30 September 2016 lalu dengan tema "Marah Demi Aleppo Suriah."
Tidak mungkin arahan atau perkhabaran tersebut tidak sampai kepada pengetahuan Hj Hadi selaku mewakili kesatuan tersebut di nusantara ini.
Hj Hadi sepatutnya menghebahkannya kepada kita semua ummat Islam di Malaysia agar dapat melakukan aksi demonstrasi dan deklarasi kemarahan secara global pada hari Jumaat, 30 September 2016 lalu dengan tema “Marah Demi Aleppo Suriah.”
Kalau Hj Hadi boleh melakukan kempen besar-besaran 'Sokong RUU 355' tetapi kenapa “Marah Demi Aleppo Suriah" Hj Hadi gagal untuk melaksanakannya?
Malah Hj Hadi mampu bergandingan dengan PM Najib , Zahid Hamidi serta beberapa pemimpin lain berhimpun besar-besaran pada 4 Disember lalu menzahirkan keprihatinan berhubung isu Rohingya.
Tetapi untuk menunjukkan solidariti internasional bagi kota Aleppo yang diranapkan oleh rejim otoriter Suriah dan para kroninya, Hj Hadi langsung tidak mengambil langkah yang sewajarnya.
Hj Hadi tidak menghebahkan atau berkempen mengenai perkara tersebut hinggakan kita di Malaysia tidak tahu mengenai adanya demonstrasi “Marah Demi Aleppo Suriah.” Dimana fungsi Hj Hadi selaku mewakili Kesatuan Ulama Sedunia?
Walaupun begitu jelas kegagalannya berperanan sebagai ulama sudunia, tiba-tiba pula anak Hj Hadi mencadangkan bapanya menjadi orang tengah dan merundingkan penyelesaian konflik perang berpanjangan di Syria lantaran kedukan bapanya dalam Kesatuan Ulama Sedunia itu. Baca selanjutnya di sini
Jangan nak ngada-ngadalah .... amanah berupa arahan yang sepatutnya dilaksanakan diatas itu pun Hj Hadi gagal laksanakan.Inikan lagi nak jadi orang tengah merundingkan konflik perang?
Ada orang yang lebih layak untuk melakukannya jika dibandingkan dengan Hj Hadi yang cuma berada di rangking ke-4 hiraki Kesatuan Ulama Sedunia.
Naib 1 - Ahmad Al-Raisuni - Maghribi
Naib 2 - Dr Syaikh Ahmad Al-Khalili - Mufti Oman
Naib 3 - Abdul Hadi Awang - Malaysia
Manakala jawatan Setiausaha Agung disandang oleh Prof. Dr Mahyuddin Ali al-Qaradaghi.
Setiausaha Agong memainkan peranan yang lebih dominan. Beliaulah orang yang kedua selepas al-Qaradhawi, yakni menjadi pembantu utamanya.
Kalau ikut susun atur hiraki Kesatuan Ulama Sedunia ini, Hj Hadi berada dirangking ke-4.
Hj Hadi sepatutnya menunjukan komitmennya dengan kesatuan tersebut dan bukan hanya bermegah-megah untuk dicanang di kampung-kampung dengan jawatan tersebut.
Anak Hj Hadi sepatutnya cadangkan ayahnya membuka ruang kepada kerajaan Malaysia berunding dengan kerajaan Myanmar berhubung isu Rohingya terlebih dahulu.
Atau pi tolong selesaikan dulu masalah orang Asli di bawah kerajaan Pas Kelantan, jangan ingat nak main rembat lombong mangan ...
Anak Hj Hadi sepatutnya cadangkan ayahnya membuka ruang kepada kerajaan Malaysia berunding dengan kerajaan Myanmar berhubung isu Rohingya terlebih dahulu.
Atau pi tolong selesaikan dulu masalah orang Asli di bawah kerajaan Pas Kelantan, jangan ingat nak main rembat lombong mangan ...
Loading...
0 Response to "Anak Hj Hadi ngada-ngada yang melampau!"
Posting Komentar