Loading...

Rupa-rupanya YDP Agong HADIR Latihan Menembak di PGA Cheras sebelum SOLAT MAGHRIB di Masjid PGA

Loading...

YANG DIPERTUAN AGONG XV HADIR LATIHAN MENEMBAK BERSAMA PDRM

Cheras, 15 Disember 2016 - Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V hari ini berkenan mencemar duli beriadah dengan menyertai latihan menembak bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Lapang Sasar, Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), dekat sini.

Baginda Tuanku telah berkenan menguji kemahiran menembak menggunakan beberapa jenis senjata api dan kemudiannya menunaikan solat maghrib di Masjid Briged Tengah, PGA sebelum berangkat pulang.

PDRM merafak sembah dan setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Tuanku yang telah berbesar hati memilih PDRM sebagai agensi penguatkuasaan utama negara untuk melakukan aktiviti riadah bersama pada hari yang bersejarah ini.


DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bersolat Maghrib di Masjid Kem PGA Cheras. 

sumber: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rupa-rupanya YDP Agong HADIR Latihan Menembak di PGA Cheras sebelum SOLAT MAGHRIB di Masjid PGA"

Posting Komentar