Loading...

GEMPA BUMI KERAP ALAMAT BAIK

Loading...
Gempa bumi kedua 6.0 skala ritcher landa New Ireland
Gempa bumi
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda rantau New Ireland, Papua New Guinea pada jam 7.27 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melalui laman Facebooknya berkata, gempa itu berpusat di 5.6 darjah Selatan dan 153.9 darjah Timur, iaitu 200 kilometer ke Barat Laut Arawa, Papua New Guinea, 4,085 kilometer ke Tenggara Semporna, Sabah.

Bagaimanapun gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami.

Terdahulu, gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter telah melanda rantau itu pada jam 6.51 petang tadi.

METMalaysia berkata gempa tersebut berpusat di 4.6 darjah Selatan dan 153.4 darjah Timur, iaitu 124 kilometer ke Tenggara Kokopo, Papua New Guinea, 4,004 kilometer ke Tenggara Semporna, Sabah. - Bernama
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "GEMPA BUMI KERAP ALAMAT BAIK"

Posting Komentar