Loading...

Pas lebih sesuai jadi jemaah tabligh je..

Loading...
Oleh : YB Hanipa Maidin


1. Jika saya boleh mencadangkan saya ingin cadangkan Pas jadi jemaah tabligh sahaja. 

2. Kita tahu Jemaah Tabligh menjalankan usaha murni mengajak orang ke masjid untuk solat. Setahu saya Jemaah Tabligh tidak ambil pusing soal politik maka ia tak perlu nak sibuk ambil tahu pasal pilihanraya atau tahaluf siyasi. 

3. Memandangkan banyak kali kita dengar Pas kata menang pilihanraya tak penting ...maka elok sgt Pas tak payah masuk pilihanraya sebab mana mana parti politik masuk pilihanraya sebab nak menang! 

4. Skrg ni pun tak jelas Pas nak kawan dengan siapa..sama ada pakatan pembangkang atau BN? Yg terbaru saya difahamkan tiada wakil Pas yg dtg ke Putrajaya beri sokongan moral kpd DSAI n family. Jika betul, malang sungguh lah! Harap2 x betul lah walaupun frankly speaking, saya tahu sgt pendiran Presiden Pas ttg DSAI! 

5. PKR dan Bersatu yang melihat lebih jauh untuk kalahkan BN dlm pilihanraya nampaknya bersungguh sungguh cuba memujuk Pas...saya tabik usaha murni mereka...cuma satu hakikat yg penting adalah antara Pkr, Amanah, Dap dan Bersatu, bagi saya parti yg paling kenal rapat dgn Pas adalah Amanah sebab Amanah org kata tahu " ins and outs of Pas". 

6. Secara jujur, saya amat kesian dan simpati dgn ahli2 bawahan dan penyokong2 Pas spt mereka2 yg selalu beri komen dlm fb saya ni, yg saya percaya mereka yg ikhlas dan mahu lihat Islam berdaulat, tapi isunya apa yg mereka tahu tentang Pas lebih drpa apa yg Hj Mat Sabu , Hj Salahuddin Ayub, Dr Hatta Rami, Dato Husam Musa, Khalid Samad, Ust Ahmad Awang, Mazlan Aliman, Dr Mujahid, Dr Zul , Dr Maria, Dato Seri Hj Nizar, Hj Asmuni Awi dan banyak lagi tahu , yg mana mereka adalah orang yg duduk lama dlm kepimpinn Pas Pusat? 

7. Apa pun spt mana org kata, the ball is in Pas' court now.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pas lebih sesuai jadi jemaah tabligh je.."

Posting Komentar