Loading...
PUTRAJAYA 20 Dis. – Kementerian Pendidikan bercadang mengubah format muka hadapan slip keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun hadapan untuk merangkumi keputusan komponen psikometrik, kokurikulum dan sukan selain akademik.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid (gambar), perubahan format slip tersebut dilihat perlu kerana sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah tidak mengukur pencapaian pelajar dari segi akademik sahaja tetapi secara menyeluruh.
Beliau memberitahu, disebabkan muka hadapan slip keputusan peperiksaan itu hanya memaparkan keputusan mata pelajaran akademik, ramai ibu bapa terlepas pandang terhadap pencapaian anak-anak mereka dalam komponen-komponen lain kerana terletak dalam muka belakang.
“Ini masalah dalam masyarakat kita, sebab dari dulu lagi, telah mejadi satu budaya merentasi semua kaum, kalau boleh kita nak dapat A, jadi kalau tanya hari ini pun, soalannya, ‘Anak kamu dapat berapa A?’.
“Jadi kita buat sistem pentaksiran berasaskan sekolah yang sebenarnya mengukur akademik, psikometrik, kokurikulum dan sukan. Saya sudah cadangkan kepada Ketua Pengarah Pelajaran supaya keputusan nanti bila keluar laporan itu adalah penuh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama antara Kementerian Pelajaran dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Seri Zainal Rahim Seman.
Kerjasama di bawah pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu akan menjadikan Pusat Data Kementerian Pendidikan di Bandar Enstek, Negeri Sembilan sebagai Pusat Data Sektor Awam (PDSA) dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC).
Menurut Mahdzir, pihaknya bercadang melakukan pelan komunikasi bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa untuk melihat pencapaian anak-anak mereka secara holistik dan tidak hanya tertumpu kepada keputusan peperiksaan akademik sahaja.
Ditanya pemberita mengenai kebimbangan terdapatnya sikap berat sebelah guru dalam membuat penilaian untuk sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Mahdzir berkata: “Mana-mana bentuk penilaian pun ada macam-macam persepsi, biarlah kita adil terhadap guru”.

0 Response to "Jangan hanya pandang '"A""
Posting Komentar