Loading...

Kerajaan perlu pandang serius isu sekolah satu aliran - PERKASA

Loading...
KUALA LUMPUR 19 Dis. – Kerajaan perlu memandang serius isu pembentukan sekolah satu aliran yang sudah semakin ‘senyap’ bagi menangani masalah perpaduan nasional dalam kalangan rakyat yang kini dilihat semakin membimbangkan.

Pengerusi Biro Pendidikan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Sirajuddin Salleh berkata, kegagalan perpaduan nasional akan membawa negara ke kancah pergaduhan, huru-hara, perang saudara dan ketidakstabilan politik.

Menurut Sirajuddin, satu-satunya cara untuk memulihkan masalah perpaduan yang semakin tenat di negara ini adalah melalui pembentukan sekolah satu aliran.

“Perpaduan nasional hendaklah dipupuk di peringkat pendidikan seawal tadika hingga ke pe­ringkat universiti.

“Jika ini dibuat seawal mula merdeka dahulu, dengan anggaran 400,000 pelajar setiap tahun, bermakna pada hari ini seramai 24 juta warga Malaysia jauh lebih erat perpaduannya berbanding situasi sekarang yang amat rapuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan penambahan sekolah vernakular akan menjadi benteng yang menyekat perpaduan nasional dan meneruskan polarisasi kaum dalam negara.

Katanya, segala usaha hendaklah dibuat untuk memastikan rakyat pelbagai kaum di negara ini sentiasa bergaul bersama dan bersatupadu, bukan menggalakkan pengasingan kaum melalui sistem pendidikan.

“Dengan kata lain, sistem pendidikan kita sekarang membentuk generasi muda supaya mengamalkan sifat perkauman sedangkan apabila mereka dewasa kita mahu mereka bersatu padu.

“Perpaduan nasional tidak boleh dinafikan sebagai rukun dan teras kepada keamanan dan kestabilan nasional yang merupakan perkara sangat dikehendaki oleh manusia walau dari latar belakang apa dan dari negara mana sekali pun,” katanya. UTUSAN

jobs from my.neuvoo.com

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan perlu pandang serius isu sekolah satu aliran - PERKASA"

Posting Komentar