Loading...

Perhimpunan Agung Umno 2016: MCA Belasah Pemuda Umno

Loading...
Perhimpunan Agung Umno 2016: MCA Belasah Pemuda Umno. Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, parti-parti komponen BN tidak harus dipersalahkan kerana trend pengundian masyarakat Cina.

Semua parti-parti komponen bertanding sebagai calon BN dalam pilihan raya dan keputusan yang terhasil adalah daripada usaha bersama semua pihak.

"Dalam pilihan raya, MCA memperjuangkan hak-hak masyarakat Cina dan mempertahankan kepelbagaian budaya. Kami bertanding di bawah tiket BN dan kita tidak gunakan logo MCA atau parti lain.

Perhimpunan Agung Umno 2016: MCA Belasah Pemuda Umno. "Tidak kira parti komponen yang mana kalah, ia adalah kerugian bagi BN dan bukan masalah (parti komponen). Ini adalah masalah BN.

"Kami tidak boleh melihat perkara ini secara berasingan, anda tidak boleh kata ini masalah MCA, Gerakan atau MIC. Ini adalah masalah BN...BN harus bermuhasabah dan tidak salahkan, menuding jari antara satu sama lain," kata Liow ketika ditemui di luar perhimpunan agung tahunan Umno.

Liow berkata demikian sebagai mengulas ucapan Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun dalam perhimpunan yang sama di PWTC Kuala Lumpur, semalam.

Khairul Azwan berkata, sokongan berterusan kepada DAP mungkin akan memakan diri dan semakin memencilkan masyarakat Cina di negara ini selain mungkin akan membawa kesan cukup besar kepada landskap politik tanahair.

Perhimpunan Agung Umno 2016: MCA Belasah Pemuda Umno


"Ditambah dengan pengukuhan (kedudukan) parti-parti politik bumiputera di Sabah dan Sarawak, tidakkah ini akan merubah landskap politik negara dengan wujudnya dominasi Melayu (dan) bumiputera dalam pembentukan kerajaan?" katanya.

Dalam keadaan begitu, kata Khairul Azwan, akan wujud desakan dan tekanan kuat seperti meminta kerajaan mengurangkan tumpuan kepada sekolah aliran Cina.

Malah, katanya, sudah wujud tuntutan supaya sekolah berkenaan dihapuskan saja dan ia dibuat bukan saja di kalangan orang politik malah kumpulan profesional serta ahli akademik.

Kemungkinan lain yang dibayangkan Khairul Azwan jika DAP terus mendapat sokongan komuniti Cina ialah pemindahan sektor strategik seperti pengangkutan dibawa ke negeri dikuasai BN.

Perhimpunan Agung Umno 2016: MCA Belasah Pemuda Umno


"Mungkin hab penerbangan di Pulau Pinang (negeri yang kini ditadbir kerajaan Pakatan Harapan diketuai DAP), kita pindahkan ke Kedah atau Perak.

"Ini tidak mustahil jika sikap chauvinis dan naratif DAP ini terus dianuti oleh pengundi Cina," tambah Khairul Azwan. - mk



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perhimpunan Agung Umno 2016: MCA Belasah Pemuda Umno"

Posting Komentar