Loading...

SAMBUT TAHUN BARU DENGAN OPS RODA

Loading...
Ops Roda Khas: 399 saman dikeluarkan
Ops Roda Khas: 399 saman dikeluarkan
Sebanyak 399 saman dikeluarkan dalam Ops Roda Khas. 
 
KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengeluarkan 399 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Ops Roda Khas di ibu negara, malam tadi.

Operasi selama tiga jam bermula jam 11 malam ini melibatkan jalan-jalan raya utama di ibu negara iaitu Jalan Raja Laut, Jalan Bangsar dan Jalan Tunku Abdul Rahman.
Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, dalam operasi itu, seorang jurujual barang lusuh disyaki memiliki dadah jenis syabu dan air ketum berjaya ditahan.

Menurutnya, lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan selepas menemui beberapa paket dadah dipercayai syabu dan air ketum di dalam kereta dipandunya.

“Selain itu, beberapa tangkapan turut dijalankan antaranya, empat lelaki tempatan berumur lingkungan 23 hingga 37 tahun atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengakutan Jalan (APJ) 1987.

“Dua warga asing berusia 22 tahun masing-masing dari Myanmar dan Thailand turut berjaya diberkas selepas mendapati motosikal yang dinaiki mereka merupakan motosikal curi bersangkut laporan polis di Kajang,” katanya.
Dalam pada itu, pasangan remaja berusia 15 dan 16 tahun disyaki terlibat dalam aktiviti lumba haram juga telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987.

Tambahnya, saman-saman yang dikeluarkan adalah atas pelbagai kesalahan jalan raya termasuk cukai jalan tamat tempoh, lesen tamat tempoh, tiada lesen memandu, mengubah suai nombor plat kenderaan dan lain lain kesalahan.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SAMBUT TAHUN BARU DENGAN OPS RODA"

Posting Komentar