Loading...
Polis digesa menyiasat sama ada terdapat campur tangan luar dalam keputusan Felda memperoleh kepentingan 37 peratus dalam PT Eagle High Plantations Tbk Indonesia.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata beliau telah memberikan maklumat mengenai perkara ini kepada pihak polis semasa disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.
"Saya telah memberi maklumat untuk membantu pihak berkuasa supaya mereka boleh memulakan siasatan sama ada atau tidak terdapat gangguan atau arahan daripada pihak atasan, sama ada di peringkat lembaga pengarah atau daripada ahli-ahli politik atau kerajaan kepada Felda untuk meneruskan pengambilalihan Eagle High.
"Oleh kerana memandangkan kedudukan kewangan Felda, tidak ada ahli lembaga akan bersetuju dengan pengambilalihan itu," katanya dalam sidang media hari ini selepas disoal siasat oleh pihak polis berikutan laporan polis terhadap Felda pada Khamis lalu.
Loading...
0 Response to "'Siasat campur tangan luar dalam pengambilalihan EHP oleh Felda'"
Posting Komentar