Loading...
Pesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 terbang merentasi Australia yang kebetulan sama dengan tarikh percutian keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke sana.
Pesawat itu, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 22 Disember pada pukul di 12.07 malam dan mendarat di Gold Coast, Australia pada 10.06 pagi hari yang sama.
Bagaimanapun pesawat itu hanya berhenti sebentar kerana ia berlepas dari Gold Coast pada pukul 11.47 pagi dan mendarat di Brisbane pada pukul 12.09 tengah hari.
Pesawat itu berada di Brisbane selama empat hari.
Tiada penerbangan komersial antara Brisbane dan Gold Coast kerana jaraknya hanya 110 kilometer atau satu jam perjalanan sekiranya memandu kenderaan.
Kebetulan, selepas pesawat itu singgah di Gold Coast selama satu jam 41 minit sebelum ke Brisbane, anak Najib, Mohd Norashman menghantar gambar di Instagram.
Pada 23 Disember, sehari selepas persinggahan itu, Norashman memuat naik gambar beliau bermain golf di Instagram dan menggunakan tag "#goldcoast".
"Bermain golf dengan rakan di bumi Australia," katanya.
Keesokan harinya, Norashman memuatnaik ke Instagram gambar penguin di taman tema Sea World Gold Coast.
"Memerhatikan penguin ini sambil rakan-rakannya berkejar untuk mendapatkan habuan," katanya.
Pada 26 Disember lalu, jet kerajaan Malaysia berlepas dari Brisbane pada 9.11 pagi dan mendarat di Gold Coast pada 9.35 pagi.
Sekali lagi, persinggahan singkat di Gold Coast itu hanya mengambil masa selama dua jam dan 47 minit.
Pesawat itu kemudian terbang dari Gold Coast pada pukul 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang. Pesawat itu kekal berada di sana setakat ini.
Kebetulan, Norashman kemudian mula menyiarkan gambar Instagram dari Perth.
Pada 28 Disember, Norashman menyiarkan gambar dirinya di dalam bilik sedang bermain gitar elektrik. Posting itu ditandakan sebagai "#Perth".
Keesokan harinya, dia menyiarkan gambar berbasikal dengan rakan-rakan di Perth. - MK
Loading...
0 Response to "[SEMUANYA KEBETULAN] Kisah Anak Najib, Jet Kerajaan, Australia, Najib BERCUTI"
Posting Komentar