Loading...
TAHUN BARU
Oleh: YABhg Tun Dr Mahathir Mohammad
31 Dec 2016
31 Dec 2016
1. Selamat menyambut tahun baru 2017. Dalam bahasa Inggeris mereka berkata Happy New Year.
2. Mungkin orang Melayu hanya ingin berada dalam keadaan selamat sahaja. Mungkin kita tidak mengharapkan tahun baru menjadi tahun yang seronok gembira.
3. Sesungguhnya kita tidak boleh tahu keadaan masa depan kita, walaupun untuk satu tahun sahaja. Tetapi kita boleh teka jika kita mengambil kira tahun-tahun yang lepas dan tahun ini (2016) yang kita lalui. Kita tahu beberapa keadaan yang kita alami tahun yang kita tinggalkan ini tidak akan berubah. Keadaan akan diteruskan. Dan mungkin menjadi lebih buruk.
4. Tetapi sedikit sebanyak kita boleh pengaruhi keadaan jika kita berusaha untuk memperbaikinya. Ingatlah segala yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk itu datang dari kita. Allah tidak akan memburukkan nasib kita jika ada usaha dari kita untuk memperbaiki diri kita. Janganlah kita terlalu cepat untuk menyalahkan takdir apabila sesuatu yang buruk berlaku kepada kita. Jika kita usaha untuk memperbaiki nasib kita, itu juga takdir.
5. Bukanlah niat saya untuk bersyarah agama pada hari yang mulia ini. Hanya ingin mengingat diri saya dan mungkin pembaca bahawa usaha diperlukan oleh diri saya/kita supaya akan terselamatlah tahun 2017, tahun baru ini, Insyaallah.
6. Sudah menjadi lumrah bahawa pada permulaan tahun kita membuat resolusi berkenaan sesuatu yang baik yang akan kita amalkan pada tahun baru ini. Saya tidak akan beritahu sesiapa apa dianya resolusi saya. Tetapi Insyaallah akan saya cuba amalkan sepanjang 2017.
7. Sekali lagi saya ucapkan kepada semua Selamat Menyambut Tahun Baru 2017.
8. Mudah mudahan Allah akan mencurah rahmat kepada kita rakyat Malaysia.
CHEDET.CC
Loading...
0 Response to "Tun Mahathir: TAHUN BARU - Usaha Kita Diperlukan Supaya TERSELAMAT di Tahun 2017"
Posting Komentar