Loading...
HAKIKAT YANG DIABAIKAN. MQA PEMBERI PENARAFAN KEPADA SEMUA IPT DAH JAWAB DAN JELASKAN DAH PON SEBELUM INI.
PETIKAN KENYATAAN MQA
Laluan Teknikal & Vokasional bagi Graduan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia.
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ingin menjelaskan laluan bagi graduan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh negara.
Laluan Teknikal & Vokasional tersebut berbeza dengan laluan akademik tradisional kerana graduan DVM perlu memenuhi 2 kriteria iaitu: (1) memperolehi pengalaman pekerjaan sekurang-kurangnya sehingga berumur 21 tahun; dan (2) mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) yang merupakan proses pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu daripada MQA. Graduan DVM boleh terus memohon untuk kemasukan ke IPT setelah memenuhi kedua-dua kriteria tersebut (sila rujuk carta di bawah).
Bagi graduan DVM yang ingin melanjutkan pengajian ke IPT secara serta-merta selepas menerima DVM juga boleh dipertimbangkan dengan syarat lulus kesetaraan SPM-SVM (Sijil Pelajaran Malaysia – Sijil Vokasional Malaysia) yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan, KPM dan syarat-syarat lain yang dipersetujui oleh kedua-dua Kementerian.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MQA ataupun hubungi MQA di 03-79682253 / hazirah@mqa.gov.my (Hazirah), atau 03-79683315 izzatyliyana@mqa.gov.my (Izzatyliyana) sekiranya ada sebarang soalan.
AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA
13 OKTOBER 2016

0 Response to "Isu laluan graduan KV tidak diiktiraf universiti, pencerahan MQA telah dibuat"
Posting Komentar