Loading...

Parti Warisan Sabah Cadang Guna Satu Bendera Pada PRU14

Loading...
Parti Warisan Sabah Cadang Guna Satu Bendera Pada PRU14. Cadangan Parti Warisan Sabah (Warisan) agar semua parti pembangkang di Sabah bertanding di bawah benderanya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dirasakan terlalu awal, kata PKR.

Tidak menolak mentah cadangan itu, Pengerusi PKR Sabah Christina Liew berkata ia boleh dibincangkan apabila PRU14 semakin dekat.

“Terlalu awal untuk dibincangkan sekarang. Apa yang penting, kami mempunyai objektif dan misi yang sama.

Parti Warisan Sabah Cadang Guna Satu Bendera Pada PRU14.  “Objektif 1 lawan 1 menentang Umno dan Barisan Nasioal (BN),” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden Warisan Darrel Leiking dilaporkan menyeru parti pembangkang bergabung di Sabah dan dipimpin sebuah parti umum.

Darrel dalam masa yang sama turut mencadangkan parti daripada Pakatan Harapan (PH) bertanding menggunakan bendera Warisan pada PRU14 akan datang.

Parti Warisan Sabah Cadang Guna Satu Bendera Pada PRU14


“Warisan mengalu-alukan mana-mana parti yang berkongsi misi dan pandangan yang sama dengan Warisan bagi memupuk semangat perpaduan di kalangan semua kaum, etnik dan agama di Sabah secara keseluruhannya. Warisan bertujuan membantu rakyat Sabah bersatu dan tidak memecah belahkan mereka.

“Bagi PH, mereka mempunyai misi yang sama seperti Warisan. Jadi mengapa tidak kita menggunakan simbol Warisan untuk membentuk kerajaan di Sabah,” katanya.

Bekas naib presiden PKR itu yakin walaupun Warisan baru ditubuhkan, ia akan dapat membentuk kerajaan negeri selepas PRU14.


Parti Warisan Sabah Cadang Guna Satu Bendera Pada PRU14


“Warisan boleh menawan Sabah pada PRU14 dengan memenangi 73 kerusi DUN dan 25 kerusi Parlimen, tidak memberi peluang kepada BN dan Umno membentuk kerajaan negeri.”



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Parti Warisan Sabah Cadang Guna Satu Bendera Pada PRU14"

Posting Komentar