Loading...

Jangan abai kebajikan guru dan pendidik - Senator

Loading...
Foto via mynewshub
KUALA LUMPUR 19 April – Kementerian Pendidikan digesa memberi perhatian serius terhadap kebajikan guru dan pendidik di negara ini bagi memastikan golongan tersebut mengalas tanggungjawab dengan baik.

Senator Datuk Fahariyah Md. Nordin berkata, aspek kebajikan merupakan perkara penting bagi membolehkan golongan tersebut mendidik modal insan dengan baik sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara.

“Kementerian Pendidikan bersama Majlis Amanah Rakyat (Mara) perlu memastikan perkhidmatan perguruan diurus dengan baik termasuk hak mereka yang digariskan di bawah peraturan perkhidmatan awam.

“Saya menerima pelbagai rungutan antaranya kegagalan pengetua atau guru besar memberikan cuti ganti rehat apabila guru diarah bertugas pada hari cuti umum, malah ada juga sebilangan kecil yang menafikan hak membuat tuntutan perbatuan atau elaun harian apabila diminta bertugas di luar daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Jelas Fahariyah, masalah kenaikan pangkat secara `time-based’ turut dibangkitkan apabila terdapat kes-kes kelewatan seperti mendapat pengesahan kenaikan pangkat secara lantikan (khas untuk penyandang).

Katanya, beliau difahamkan masalah itu timbul di bahagian sumber manusia dan implikasi kewangan.

“Justeru, saya mohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan dan Mara atau badan berkanun lain yang mempunyai perkhidmatan perguruan memastikan kebajikan dan kemudahan para guru dipelihara,” katanya.

Sumber- UTUSAN ONLINE


jobs from my.neuvoo.com

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jangan abai kebajikan guru dan pendidik - Senator"

Posting Komentar