Loading...
Tun M didakwa masuk perangkap DAP
SHAH ALAM - Sikap DAP yang anti pemerintahan Islam dilihat sebagai faktor yang mensabotaj usaha kerjasama antara Pas dan Bersatu.
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, apatah lagi Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad kini didakw telah masuk ke perangkap DAP.
“Sikap DAP dan pihak-pihak lain termasuk MCA dan Gerakan yang anti sistem pemerintahan Islam dianjurkan Pas, akan hanya membantutkan ruang untuk bekerjasama ke arah menyelamatkan negara.
Perkara inilah yang mensabotaj usaha untuk menjalin hubungan antara Pas dan Bersatu.
“Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) berusaha mewujudkan jalinan tersebut, Mahathir pula terus masuk ke perangkap DAP yang beliau sebut sebelum ini sebagai golongan cauvinis dan anti Islam.
“Usaha mendaulatkan Islam sebagai penyelesai sebenar kemelut dihadapi negara termasuk krisis integriti, tidak mungkin digembleng sekiranya DAP terlibat sama,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Mahathir mendakwa ada beberapa pimpinan Pas mensabotaj rundingan antara parti itu dan Bersatu, termasuk Mohd Zuhdi.
Menurut Mohd Zuhdi, Pas bagaimanapun sedia memaafkan sesiapa sahaja termasuk Mahathir walaupun parti itu ditekan ketika pemerintahan bekas perdana menteri itu.
“Perisytiharan darurat Kelantan, tragedi Memali, penentangan Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan, pemansuhan royalti petroleum Terengganu dan pemansuhan geran sekolah agama rakyat adalah antara tindak tanduk Mahathir untuk menekan Pas.
“Bagaimanapun, pimpinan dan ahli Pas diyakini sedia memaafkan sesiapa sahaja yang bersedia membetulkan kesilapannya, dan membela semula mereka yang dizalimi oleh tindak tanduk tersebut,” katanya.
Loading...
0 Response to "SIKAP MAHADHIR MERAGUKAN"
Posting Komentar