Loading...
2016 tahun penuh krisis, kata Muhyiddin
SHAH ALAM – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tahun 2016 yang baharu sahaja berlalu merupakan tahun yang penuh dengan krisis.
Dakwanya antara krisis yang dimaksudkan termasuk krisis kepemimpinan, krisis keyakinan, krisis keruntuhan institusi negara dan krisis moral yang dialamioleh pimpinan negara.
“Rakyat menanggung kesan paling buruk. Kejatuhan nilai ringgit menyebabkan kos barangan import meningkat secara mendadak dan harga barangan keperluan harian semakin mahal.
Rakyat semakin menderita akibat kos sara hidup yang kian meningkat. Akibat kejatuhan harga minyak dunia, hasil negara juga berkurangan.
“Lebih mengecewakan, hasil negara yang berkurangan ini pun terpaksa digunakan untuk membayar hutang piutang dan tanggungan negara yang semakin meningkat disebabkan oleh pelbagai penyelewengan, ketirisan dan salah urus ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tahun 2016 juga menyaksikan peruntukan kerajaan untuk sektor-sektor utama yang menyentuh kebajikan rakyat seperti pendidikan dan kesihatan terpaksa dipotong.
Kataya, kerajaan juga sudah tidak mampu menyediakan biasiswa kepada pelajar seperti dahulu.
“Peruntukan kepada universiti-universiti awam juga dikurangkan. Malah peruntukan kepada hospital-hospital awam juga mengalami penurunan.
"Sehinggakan di sesetengah hospital awam, pesakit tidak lagi dapat menikmati perkhidmatan kesihatan percuma seperti sebelumnya. Semua ini menghakis keyakinan rakyat terhadap kemampuan kerajaan untuk membela kebajikan mereka.
Kata bekas Timbalan Perdana itu lagi, kerajaan juga sepatutnya tidak berkompromi hak negara untuk mendapatkan bantuan dari negara asing.
“Ia bukan isu ekonomi atau perniagaan tetapi menyentuh kedaulatan kita. Ianya berimplikasi besar kepada negara oleh kerana kebergantungan tinggi kepada negara luar dari segi kewangan, kepakaran dan guna tenaga,” ujarnya lagi.
Ujar Muhyiddin lagi, jika rakyat ingin melihat negara ditadbir secara lebih bertanggungjawab, maka setiap rakyat yang mempunyai satu undi di tangan masing-masing perlu membuat pertimbangan yang wajar dalam pilihan raya akan datang.
“Adakah kita mahu mengambil sikap tidak apa dengan membiarkan sahaja pemimpin yang tidak amanah terus merompak harta negara dengan rakus dan mengenepikan kepentingan rakyat, atau mengambil satu pendirian yang tegas dan iltizam yang kukuh untuk melakukan perubahan dengan menggantikan kerajaan sedia ada dengan kerajaan baharu yang lebih beramanah dan bermaruah.
“Bersatu lahir untuk menyatukan rakyat dalam satu perjuangan melakukan perubahan melalui agenda reformasi, keadilan, keterangkuman, kesederhanaan dan progresif," katanya lagi.
Loading...
0 Response to "TAHUN 017 LAGI KUAT KRISIS"
Posting Komentar