Loading...

MUFTI PERLU BERTAUBAT - Tidak Jujur Jelaskan Perkara memungkinkan Haji Tidak Mabrur

Loading...

Mufti pun tersasar bagi jawapan. Walhal mereka patut faham tasawwur masalah yang memungkinkan natijah haji tidak mabrur. Ini pergi bantai secara politik Tun M ambil kerja Tuhan.

Kalau mufti ini jujur dengan kedudukan dan ilmunya, sebelum tegur Tun M mereka perlu menghakimi 1MDB terlebih dahulu khsususnya cara duit 1MDB diperolehi melalui jalan haram dan penuh fasad seperti disahkan oleh PAC, Singapura, Switzerland dan Amerika.

Barulah adil dalam menilai.

Tapi kita tak bodoh. Kita tahu golongan agama pun ada yang dapat "patronage" politik. - Wan Ahmad Fayhsal 


Parti pemerintah ini kena cari orang yang berkebolehan berhujah dengan fakta sedikit.
Yang ada kini semuanya berhujah ikut sentimen politik sahaja hingga senang sangat masyarakat nak kata...alaaaah itu setakat ampu saja tu.
Contohnya dua pemimpinnya yang 'hentam' Tun Mahathir yang sebelum itu menimbulkan kesangsian tentang kualiti ibadat Haji yang dibayar oleh 1MDB itu.
Menteri Besar Kedah dan seorang timbalan menteri di JPM itu cuma persoal siapakah Tun M untuk berkata demikian. Mereka tidak pula ketengahkan mengapa tidak ada masalah jika seseorang pergi Haji dengan sumbangan 1MDB itu.
Kita expect lebih dari mereka ini lah. Ini bab ugama. Kalau penulis macam saya ini ok lah nak berhujah level itu sebab saya bukan pakar.
Kedua menteri ini ketua masyarakat. Cuba terangkan dari aspek ugama untuk sangkal Tun M itu.
Cuba terangkan dari segi syariah misalnya. Adakah punca wang 1MDB itu semuanya patuh syariah.
Rasanya perlu tahu juga tu sebab ada tuduhan wang 1MDB ini juga digunakan untuk bayar hutang judi di Las Vegas dan juga untuk buat filem hampir lucah, Wolf of Wall Street itu.
Jika wang biaya Haji ini datang dari longgokan yang sama, dua menteri ini kena terangkan sedikit lah. Buat apa nak soal siapa Tun M itu? Terangkan dan hilanglah segala kekusutan.
Oh by the way timbalan menteri itu Dtk Asyraf Wajdi itu lah. Susah saya nak ingat namanya sebab tak berapa mahsyur dia ni.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MUFTI PERLU BERTAUBAT - Tidak Jujur Jelaskan Perkara memungkinkan Haji Tidak Mabrur"

Posting Komentar