Loading...

[Trend Remaja TEMPAH MAUT] terbaru VIRAL VIDEO Berenang dalam ARUS DERAS Sungai Kelantan pula

Loading...
FOTO dari rakaman video menunjukkan sekumpulan remaja dikesan berenang di Sungai Kelantan dalam keadaan arus deras selain paras sungai tinggi berdekatan Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.
KOTA BHARU: Sekumpulan remaja bagai sengaja menempah maut apabila dikesan berenang di Sungai Kelantan, berdekatan Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini, dalam keadaan arus deras selain paras sungai tinggi. 

Gelagat mereka dirakam seorang pengunjung sebelum dimuat naik ke laman sosial Facebook semalam, sehingga tersebar luas dan ditonton lebih 62,000 pengguna.

Tindakan remaja berkenaan mendapat pelbagai reaksi dengan ada yang mendakwa aktiviti berkenaan dilakukan penduduk yang mendiami tebing sungai sejak turun-temurun. 


Bagaimanapun, ada yang mempersoalkan sikap ibu bapa membenarkan anak mereka mandi di kawasan berbahaya itu. 

Menerusi video selama 58 saat itu, kumpulan remaja itu seolah-olah tidak takut dengan arus deras dan berenang dengan tanpa menggunakan alat keselamatan termasuk pelampung. 

Sepanjang bulan lalu, empat kematian membabitkan kejadian lemas direkodkan di Kelantan masing-masing di Pantai Irama, Bachok; Pantai Tok Bali, Pasir Puteh dan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu.


Viral Remaja Panjat Mercu Tanda Ipoh




Sebelum ini viral video beberapa remaja memanjat papan tanda IPOH di Perak.
Remaja tersebut telah diminta tampil menyerah diri kepada Polis.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis dibuat seorang pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berhubung kejadian berkenaan.

"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu kerana perbuatan membahayakan diri sendiri atau orang lain.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan tindakan penjara tidak lebih tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya," katanya.
 Norwani Ahmat Norwani AhmatNorwani Ahmat, seorang pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) mencadangkan remaja tersebut didenda dengan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan serta diajar ciri-ciri keselamatan sewaktu melakukan aktiviti memanjat.
"Tidak perlu dipenjara remaja-remaja berani ini. Perbuatan tersebut memang salah kerana membahayakan keselamatan diri sendiri dan orang lain.
"Saya syorkan remaja-remaja ini didenda dengan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan. Minta mereka cuci dan cat menara atau kubah masjid, bersihkan cermin bangunan-bangunan yang tinggi dan cat bangunan-bangunan bersejarah yang ada di Malaysia.
"Bekalkan dan ajar mereka guna "safety harness" dan alat pelindung diri yang lain. Itu lagi bermanfaat untuk semua," tulis beliau di facebook hari ini.

Rani Kulup Panjat Papan Tanda BAHAU pula


Sejak kes panjat papan tanda IPOH ni, ayah tergerak untuk mempraktiskan ilmu ketenteraan ayah ketika latihan persahabatan tentera Malaysia dan komndo Rusia. 

Ayah nak ingatkan. Panjat tu panjat juga. Tapi niatlah kerana Allah. Bukan niat kerana mengawan di atas puncak. Nauzubillahu minzalik. 

Ayah pon mengamalkan ciri2 keselamatan walaupon ayah penah panjat gunong Himlaya tanpa pakai baju dan seluar

Ketika itu ayah menjadi pengintip bagi menewaskan golongan Kublai Khan yang cuba menguasai Rusia. 

Nak jadikan cerita ayah terpaksa berlakon menjadi beruang koala di tengah2 kesejukan gurun siberia. 

Tahap kesejukan di bawah kemampuan manusia untuk kekal bernyawa membuatkan terbentoknya stalagmite dekat bopley yang membeku akibat tetesan air peluh. 

Apapon.. Walaupon ayah ayah komando.. tapi tali keselamatan juga ayah pakai.. Cara ikatan tali keselamatan mesti pakai simpol manok. 

Kau kokurikolom sekolah pon tak masuk asik pijak pagar mana nak tahu ilmu pengakap. Bideo ayah berselpi akan diikuti kemudian.

Cite sini habis sini jangan share dekat Siakap Keli... ade nanti duit BR1M kene buat bayar jamin. - 

Ayahanda Abdul Rani Kulup
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Trend Remaja TEMPAH MAUT] terbaru VIRAL VIDEO Berenang dalam ARUS DERAS Sungai Kelantan pula"

Posting Komentar