Loading...
KUALA LUMPUR 23 Feb. – Seorang perunding kewangan yang dikenali sebagai Cikgu A mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini atas dua pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM691,000 untuk aktiviti pelaburan perdagangan komoditi dan pajakan hotel, dua tahun lalu.
Mengikut pertuduhan pertama, Ahmad Amiruddin Mohamed, 46, didakwa dengan curangnya menyalahgunakan wang berjumlah RM210,000 yang dimasukkan secara berperingkat-peringkat ke dalam akaun Maybank atas nama syarikat miliknya, AAM Global Corporation Sdn. Bhd. untuk aktiviti pelaburan perdagangan komoditi.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan oleh bekas guru sekolah menengah di Selangor itu di Bank Islam Malaysia Bhd., Kompleks Azman Hashim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak dekat sini, antara 3 Mac dan 3 April 2015.
Bagi pertuduhan kedua, bapa lapan anak itu didakwa menyalahgunakan wang berjumlah RM481,000 melalui akaun bank syarikat yang sama bagi aktiviti pelaburan pajakan hotel di Kondominium Laksamana Puri, Jalan Laksamana 5, Kampung Laksamana, Batu Caves dekat sini, antara 29 Jun 2015 dan 19 Julai 2016.
Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhammad Faiz Abu Samah mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat serta denda.
Pihak pendakwaan mencadangkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan manakala peguam, Mohamad Saiful Dzulhelmi Zulkifli memohon jaminan minimum atas alasan anak guamnya menghidap penyakit tiroid selain menanggung isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan selain lelaki itu perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sementara menunggu sebutan semula kes pada 6 April ini.
Pada awal bulan ini, akhbar melaporkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Cikgu A dan isterinya yang berusia 43 tahun ditahan di sekitar Sri Petaling pada 6 Februari lalu kerana disyaki terlibat dalam skim pelaburan palsu sehingga mengakibatkan kerugian RM20 juta.
Mereka dipercayai menarik orang ramai untuk melabur dalam syarikatnya dengan menjanjikan pulangan yang lumayan sehingga mencecah 80 peratus dengan menawarkan pelbagai jenis pelaburan termasuk perdagangan komoditi, pajakan hotel, pemilikan saham, perumahan dan hartanah.

0 Response to "Cikgu Amir didakwa salah guna RM691,000"
Posting Komentar